Wednesday, 31 May 2017

Bila kawan post bukan-bukan

Muahahahaha..bulan pose ni mesti ramai yang post bukan-bukan kat group wssap kan? Memang mencabar iman betul la kan? hahahah tapi i olss suka je sebab cam lawak je. Maklum laa..dah tua2 ni nafsu makan tak de la cam dulu so tak de la mencabar sangat.

Harini dah 5 Ramadhan..kejap je masa berlalu. Dan selama 5 hari ni la macam2 video la..gambar la..yang diorang ni post kat wassap group bg org terliur hahaha. tapi dalam banyak2 post yang aku dapat la..paling terliur tengok iklan ayam goreng Mcd tu..perghhh memang ngancam siot maklum la aku memang penggemar ayam goreng spicy tu yang wat terliur sangat tu..memang boleh bikin gaduh la video tu. nah aku bagi korang tengok sekali wakakaka..


Muahaha..mohon korang jangan wat cam gambar kat bawah ni plak..




Thursday, 25 May 2017

Bersediakah kita hidup tanpa yang tersayang?

Huh..cam berat plak topik arini. Tapi ni la topik yang aku bincangkan dengan member2 blogger kat wassap group hari ni.

Semuanya bermula dari aku dapat wssap dari member..pastu aku post kat group then terus terjadi perbincangan.


Kebetulan pula sorang member dalam group baru kehilangan suami tercinta tahun lepas akibat denggi. Allahu akbar..sungguh aku tak sanggup nak fikirkan macam mana nak hidup tanpa suami aku. Beratnya dugaan yang kawan-kawan aku hadapi. Tapi nak tak nak sebenarnya kita kena bersedia untuk hadapi semua ni sebab mati itu pasti. Sama ada kita atau pun pasangan kita yang pergi dulu..huhu..tapi seyes aku tak sanggup nak bayangkan.

Aku memang jenis tak pandai nak tunjukkan sayang aku pada suami plak2 suami aku jenis kasar dan aku terdidik untuk jadi kasar jugak hahaha..kebanyakan masa memang kitaorang tak adalah nak tunjukkan sangat perasaan atau nak beromantik2 sangat tapi seyes aku cakap aku belum bersedia nak terima kehilangan dia..biarlah dia tak sebaik orang lain atau selalu menyakitkan hati pun..hahahahaha..(biasalah pasangan suami isteri memang camni..yang loving2 sangat tu biasanya masa bercinta je wakakakakak).

Aku dah biasa hidup suami yang selalu kemaskan rumah, yang ringan tulang nak tolong basuhkan pinggan mangkuk dalam sinki, yang nak tolong basuh dan lipat baju aku. Walau camne garang atau menyampahnya aku dengar dia membebel tapi sungguh aku takut kehilangan dia. Dannnn..aku harap dia pun macam aku..hahahaha..aku harap kalo aku mati dia tak la hepi nak kawen lain..hahahah..

Pusat Rawatan Hu Hijrah

Eh lama gile aku tak update blog. Bukan malas tapi paham2 je la sejak jatuh sakit ni mood memang ke laut sangat2. Hari2 pikir camne nak baik je la. Siapa pernah kena slipped disc, siapa yang pernah menderita sciatica memang tau sangat la camne perasaannya. Cam aku..memang sciatica tahap kronik dah rasanya..bayangkan tiap hari berperang nak duduk, duduk adalah perkara yang paling menyakitkan. Rasa sangat saraf tersepit ni sakit yang amat sangat. Bukan takat kebas, menyucuk , malah sakitnya Allah je la yang tau.

2-3 hari lepas kawan aku bagi tau kat Seremban ada pusat rawatan untuk slipped disc ni. Aku memang tak berlengah terus call and set appointment. Hari ni amik kesempatan gi kejap ke sana. Nama pusat rawatan tu ialah PUSAT RAWATAN HU HIRAH. Terletak di alamat No.Rumah 116-167, Jalan Senangin 7, 70450, Seremban. Camne nak gi? senang sangat weiiii..Lepas kuar tol Senawang terus belok kanan kat trafik light tu. Nanti nampak ada Tesco Senawang jalan depan sikit belok ke kanan..haaa..pastu pandai2 la nak waze ekekek. Untuk segala pertanyaan boleh la hubungi dulu Ustaz Razi 012-6878771 atau En Azizi 012-3204742.

Apa rawatan yang diaorang tawarkan? Ok ni aku listkan siap2 supaya mudah korang nak tengok.


  • Jantung tersumbat
  • Jantung berlubang
  • Jantung bocor
  • Jantung bengkak
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Cyst
  • Fibroid
  • Ketumbuhan
  • Pendarahan dalam kepala
  • Demam
  • Gout
  • Rabun
  • Period tak lancar
  • Zuriat
  • Terseliuh
  • Retak tulang
  • Resdung
  • Asma
  • Lutut
  • Leukimia
  • Saraf
  • Paru-paru berair
  • Gastrik
  • Gangguan dan kaunseling
  • Lain-lain rawatan 
Yang kat atas ni perkhidmatan rawatan diaorang cuma caj RM50 sahaja

  • Slipped Disc
  • Kanser
  • Strok
Ok yang ni perkhidmatan rawatan RM100 sahaja.

Tapi nak bagitau awal-awal ni. Kalau korang nak dapatkan rawatan kat sini korang mesti datang awal dan mestilah bersifat sabar sebab memang ramai gile orang kat sini. Dan haaaa..lagi satu sepanjang bulan Ramadhan ni diaorang tak buka. Insyallah lepas Raya baru buka balik.

Pengalaman aku? Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun tadi aku sampai dalam pukul 11 lebih tapi berkat sabar menunggu pukul 2 lebih dah settle. Cara rawatan plak tadi kejap je..dia betulkan tulang je..dan memang tak sakit pun. Tapi masa dia betulkan tulang tu memang terasa la cam tulang ni cam kemas je hahah tu la perasaan aku dannnn Alhamdulillah memang sakit pinggang tu ilang immediately. Cuma untuk bahagian saraf tu masih sakit, biasa la mana ada sekali ubat terus baik..bukan ustaz tu buat magic pun ekekekek. Ustaz tu pesan suh tengok dulu dalam 2-3 hari ni camne. Tapi kalo nak ulang datang kena datang pas Raya la.




 Ekeke..tadi memang kira rezeki lah..aku orang terakhir yang boleh daftar. Memang pendaftaran ditutup kul 11 pagi.
Ni jadual dia..u all leh la refer sini

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...