Monday 31 July 2017

Jangan Hina Islam Atas Tiket POLIGAMI (PART 2)

Bercerita tentang poligami, ramai yang salah anggapan bahawa isteri pertama mendapat hak yg istimewa berbanding isteri2 yang lain..seriously ramai yang salah anggap terutama bagi masyarakat melayu. Kononnya hati isteri pertama kena diutamakan dahulu berbanding isteri2 yang lain. Maaf lah..kejahilan apakah yang melanda ini?? Apa bezanya kita dengan masyarakat india yang ada kasta? Dalam islam tak ada kasta!! tak ada tempat pertama untuk isteri pertama, tempat kedua untuk isteri kedua dan seterusnya. Dalam Islam langsung tak membezakan isteri. Itu lah indahnya ajaran Islam namun siapakah yang merosakkan pandangan & tanggapan kita tentang Islam & poligami?? ya..jawapannya ialah kita orang Islam sendiri..sayangnya kita sering kali mendabik dada mengatakan kita adalah orang Islam sedangkan kita sendiri yang merosakkan nama Islam itu sendiri. Sudahnya rata2 isteri kedua dilabelkan dengan segala panggilan negatif.

Bagi aku secara peribadi aku meletakkan kesalahan penuh pada kaum lelaki khasnya suami yang mengamalkan poligami secara tidak adil ini. Kesannya sangat buruk..sebagai suami korang sepatutnya lebih tegas, adil, saksama tapi kadang2 korang yang menyebabkan isteri2 korang bermusuh sampai 7 keturunan. Cuba amalkan apa yang Islam ajar, ikut sepenuhnya sunnah Rasulullah..Insyallah bahagia.

Meh sini aku nak ceritakan tentang kisah benar penderitaan isteri. Al-kisah si A bertemu jodoh dengan suami orang yang aku namakan si B (B ni bukan stand fo Babi tau hahaha). A ni dilahirkan sebagai orang yang agak lurus dan lembut hati, boleh dikatakan ada rupa dan zaman bujangnya memang ada banyak pilihan. Namun dah namanya jodoh dia berkahwin dengan si B. Menjadi isteri kedua memang bukan impian mana2 perempuan begitu juga dengan di A tapi si A redha dan pasrah menjadi seorang isteri yang taat. Si B pula seorang suami yang panas baran & kaki maki..bukan takat kaki maki tapi kaki kelentong semua ada. Dari awal perkahwinan hingga masuk tahun kedua perkahwinan, si B tak pernah bermalam di rumah si A. Namun sebagai seorang yang sedar diri & seorang isteri yang taat si A cuba memahami situasi si suami. Walaupun seawal 3 bulan perkahwinan si B sudah sering mengugut cerai namun si A tetap bersabar. Kenapa si A bersabar? baik sangat ke si B?? Jawapannya TIDAK..si B bukan sahaja seorang suami yang pemarah, panas baran dan kaki maki malah si B seorang suami yang tidak adil dan bertanggungjawab baik dari segi nafkah batin mahupun zahir. Bayangkan bagaimana menderitanya si A dengan sikap suami yang sebegitu namun dia bersabar kerana dia percaya suatu hari nanti Allah pasti akan bukakan pintu hati suaminya untuk berubah. Namun harapan tinggal harapan..menginjak ke usia 2 tahun perkahwinan si A telah diceraikan oleh suami dalam satu panggilan telefon dan lebih sedih ketika kejadian si A baru je selesai menunaikan solat Asar. Dah la diceraikan, dimaki hamun lepas tu di fitnah pula sebagai seorang isteri yang jahat. Siapa yang fitnah? Jawapannya si B..ye..si B yang sepatutnya melindumgi isteri, yang mempertahankan maruah isteri tetapi sebaliknya dia lah yang menyebarkan fitnah dan lebih dikesali memfitnah isterinya si A pada adik beradik si A. Si A jenis yang jarang bercerita tentang masalah rumahtangganya tapi sikap si B yang langsung tak matang telah menjejaskan nama si B sendiri yang selama ini si A jaga. Lebih dikesali isteri tua si B juga sama masuk campur dan memfitnah si A. Namun selepas 2 minggu si B mula gila talak. Siang malam pagi petang merayu si A untuk kembali. Kerana terlalu berlembut hati maka si A kembali rujuk. Tapi alangkah malang selepas 3 minggu si B kembali ke perangai asal. Kembali menjadi suami yang berat sebelah, tak bertanggungjawab, marah 24 jam dan asyik maki hamun dan kali ini si B sudah pandai memukul. Deritanya si A kadang sebulan suaminya hilang tanpa khabar berita. Di sms tidak berbalas, call tidak diangkat cuma kadang2 mendapat perkhabaran dari rakan2 atau melalui facebook yang si B sedang asyik berasmaradana dengan isteri pertama melancong, makan angin 1 Malaysia. Nafkah untuk si A memang ibarat jauh panggang dari api..langsung tidak dilunaskan tanggungjawab sebagai suami. Tiap kali si A bertanya tentang nafkah jawapan si B senang..'tak ada duit'. Cuma yang bernasib baiknya ialah si A seorang isteri yang bekerjaya. Si B memang diikat oleh isteri pertama, langsung tidak dibenarkan si B meluangkan masa bersama si A. Hari2 didesaknya si B menceraikan si A. Ironinya..si A tak pernah sekalipun meminta si B menceraikan isterinya. Si A cuma menurut perintah dan kehendak si B..

Apakah kesudahan hidup mereka?? Ok tungguuuu..nanti aku sambung kat PART 3 pulak. Panjang sangat ni nanti korang tak larat nak baca pulak. Cuma aku nak bagitau tak semua isteri kedua tu jahat. Dan aku nak bagitau yang sebenarnya suamilah yang membentuk isteri & keluarga. Perbuatan suami yang sebegini cuma menghina ajaran Islam yang meminta supaya umat manusia ni berlembut dengan kaum wanita.



Sunday 30 July 2017

Jangan Hina Islam Atas Tiket POLIGAMI (PART 1)

Lately kat geng2 group wssap aku banyak sangat cerita pasal poligami..hari2 ada je yang sentuh bab poligami ni. So harini aku terpanggil nak tulis pasal poligami. Hurm...poligami ni sebenarnya tak mudah pun..I mean mudah bagi yang tak cukup pegangan agama tapi berat bagi yang sememangnya cukup pegangan agama. Kenapa aku cakap camtu?? Sebab poligami ni memerlukan tanggungjawab yang besar, bukan setakat nak puaskan nafsu je.

Nak tau syarat-syarat poligami dalam Islam?? Nah..aku sertakan sekali petikan dari blog Muslim. Or. Id yang ditulis oleh Wiwit Hardi Priyanto yang aku dah translatekan ke Bahasa Malaysia

1- Seorang yang mampu berbuat adil

Seorang pelaku poligami, harus memiliki sikap adil di antara para isterinya. Tidak boleh ia condong kepada salah satu isterinya. Hal ini akan mengakibatkan kezaliman kepada isteri-isterinya yang lain. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud), “Sesiapa yang memiliki dua isetri lalu lebih cenderung kepada salah satunya, pada hari kiamat kelak ia akan datang dalam keadaan sebahagian tubuhnya senget.” (HR. Abu Dawud, An-Nasa-i, At-Tirmidzi)
Selain adil, ia juga mestilah seorang yang tegas. Kerana boleh jadi salah satu isterinya merayunya agar ia tetap bermalam di rumahnya, padahal malam itu adalah giliran bermalam di tempat isteri yang lain. Maka ia harus tegas menolak rayuan salah satu isterinya untuk tetap bermalam di rumahnya.
Jadi, jika ia tak mampu melakukan hal itu, maka cukup satu isetri saja. Allah Ta’ala berfirman (yang bermaksud), “…kemudian jika kamu khawatir tidak mampu berbuat adil, maka nikahilah satu orang saja…” (QS. An-Nisa: 3)

2- Taat dalam mengerjakan perintah Allah

Seorang yang melakukan poligami, harusnya ia bertambah ketakwaannya kepada Allah, dan rajin dalam beribadah. Namun ketika setelah ia melaksanakan syariat tersebut, tapi malah lalai beribadah, maka poligami menjadi fitnah baginya. Dan ia bukanlah orang yang layak dalam melakukan poligami.
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…” (QS. At-Taghabun: 14)

3- Mampu menjaga para isterinya

Sudah menjadi kewajiban bagi suami untuk menjaga isterinya. Sehingga isterinya terjaga agama dan kehormatannya. Ketika seseorang berpoligami, automatik perempuan yang ia jaga tidak hanya satu, namun lebih dari satu. Ia harus dapat menjaga para isterinya agar tidak terjerumus dalam keburukan dan kerosakan.
Misalnya seorang yang memiliki tiga orang isteri, namun ia hanya mampu memenuhi keperluan batin untuk dua orang isterinya saja. Sehingga ia mengabaikan isterinya yang lain. Dan hal ini adalah satu kezaliman terhadap hak isteri. Akibat yang paling parah terjadi, isterinya akan mencari kepuasan kepada selain suaminya, iaitu berzina. Nauzubillah!
Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud), “Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang memiliki kemampuan untuk menikah, maka menikahlah…” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4- Mampu memberi nafkah zahir

Hal ini sangat jelas, kerana seorang yang berpoligami, wajib mencukupi keperluan nafkah zahir para isterinya. Bagaimana ia ingin berpoligami, sementara nafkah untuk satu orang isteri saja belum cukup? Orang semacam ini sangat berhak untuk dilarang berpoligami.
Allah Ta’ala berfirman (yang bermaksud), “Dan orang-orang yang tidak mampu menikah, hendaklah menjaga kesucian (dirinya), sampai Allah memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaan-Nya…” (QS. An-Nur: 33)
Demikian tulisan singkat tentang poligami. Poligami adalah syariat mulia yang bisa bernilai ibadah. Namun untuk melaksanakan syariat tersebut membutuhkan ilmu, dan terpenuhi syarat-syaratnya. Jika anda merasa tidak mampu memenuhi 4 syarat di atas, maka jangan coba-coba untuk berpoligami.


Sumber: https://muslim.or.id/12664-4-syarat-poligami.html




Oleh sebab aku tak nak blog aku ni terlalu panjang bimbang2 takut tak terbaca..aku akan buat part by part dalam tajuk ni saja. Kenapa?? sebab banyak yang perlu diketahui umum tentang buruk baik berpoligami ni terutama kaum lelaki. Korang jangan ingan nak berseronok je..nak bermegah2 je ada bini 2-3..banyak benda yang korang kena pertimbangkan bila mengamalkan poligami ni supaya korang tak akan menganiaya kehidupan sesiapa.

Thursday 27 July 2017

Nak kurus punya pasal

Alahai..bila usia dah meningkat ni rasa sangat badan cepat naik. Muda2 dulu bukan nak kata la..paling berat yang pernah aku timbang ialah 47 kg..pastu mula naik sikit2.. Arghhh susahnya nak maintain. Dulu makan cam bela hantu raya pun badan tetap kurus. Tapi bila usia dah meningkat, dah kawin walaupun tak makan banyak badan tetap naik..wakakaka..

Sekarang sejak sakit memang aku jaga sikit pemakanan aku. Aku dah mula kontrol makan. Biasa aku makan bedal je, nasi pun amik 2-3 kali sehari tapi sekarang aku just makan nasi sekali seminggu je. Selebihnya aku banyakkan amik sayur and buah serta air masak & teh hijau. Aku tak adalah strict diet aku cuma kontrol apa yang patut je la. Minuman manis memang sebolehnya aku elakkan tapi bukan bermakna aku tak amik langsung.

Kadang2 untuk sarapan aku amik oat..ha..bercakap pasal oat ni seriously memang kenyang kalo makan oat. Tapi aku tak galakkan amik instant oat cam yang perisa bubur lambuk la..ayam la..sebab banyak bahan perasa. So aku tak prefer sangat la. Tapi baru semalam aku try amik sebungkus Quaker Oat yang perasa bubur lambuk masa bfast..seriously aku tak tipu aku kenyang sampai maghrib. Seingat aku semalam memang aku makan tu semata and minum green tea. Tapi serious kenyang gile. Maghrib tu baru aku makan sayur & buah sebab aku tak nak perut aku kosong pulak. Maklum la kekadang kita rasa kenyang walhal perut dah masuk angin.

Untuk senaman pulak oleh sebab aku masih lagi dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya, aku memang tak buatlah senaman beria2 aku just ada masa terluang gi swimming je la (ecececece..cam la pandai sgt berenang). Hahaha..tapi seyes lepas berenang tu rasa la cam memang bakar la lemak2 dibadan wakakaka.. cuma tu la aku ni jenis memang senang badan nak naik dan senang juga nak turun, cuma kena istiqomah la sikit kannn untuk kurus tu. Tapi sape2 nak kurus cepat aku memang sarankan skip la nasi tu. Boleh amik bukan tak boleh tapi makan 2-3 suap j selebihnya makan la lauk yang bakar2 atau rebus2 & sayur banyak2..bak kata sorang uncle aku yang memang doktor.."sayur nak amik seperiuk pun tak pe" hahaha.. tapi ingat..kalo nak rebus sayur tu pulak just rebus dari green to dark green..kalo sayur tu ijau la cam broccoli ke bayam tu. Jangan plak korang rebus carrot pastu nak tunggu jadik dark green wakakaka..

 ni memang sayur & buah peberet aku la.. plak2 timun jepun tu..memang tak tinggal..


Ni plak peberet green tea aku..Ahmad Tea. 

Monday 17 July 2017

Diganggu makhluk...




Muahaha..cam seram je kan tajuk? Ok la ni aku nak share cerita Maghrib semalam. Alkisah aku nak gi amik barang2 dalam kereta aku dan kebetulan nak jumpa anak sedare. Aku ni oleh sebab pikir nak gi amik barang kejap je kat dalam kereta maka aku just sarung t-shirt lengan pendek dan selempangkan aje shawl kat kepala. Sejujurnya aku belum solat maghrib, masa tu pukul 7.40 malam lebih kurang. So dipendekkan cerita, anak sedare aku sampai..so dia yang memang rajin tu temankan la aku gi ke kereta nak amik barang, sambil berjalan kita cam biasa borak2 la tapi kannn..tetibe ada sorang perempuan cina pakai baju kaler hitam, pegang ipad kalo tak silap aku sambil dengar lagu sambil mulut terkumat kamit follow betul2 dekat belakang we all. At the first place tu aku memang tak pikir buruk so just senyum and suruh dia jalan dulu. Tapi kan..dia refuse, dia suruh we all yang jalan dulu ke depan. Mula ok lagi tapi dia follow je we all dekat2. Aku masa tu cuak gile dan terpikir bukan2. Yang seram tu dia follow sambil mulut terkumat kamit.

Aku seriously rasa cuak sangat, anak sedare aku pulak aku nampak memang cuak campur geram muka dia. Bila sampai dekat dengan kereta, aku & anak sedare aku berdiri dekat dengan tiang parking..si cina pompuan ni pun sama berdiri je dekat kita orang sambil mulut kumat kamit..perghh seriously aku takut masa tu aku bukan pikir dia nak rompak atau bunuh.. aku nampak dia cam kena rasuk dengan sesuatu. Aku masa tu cakap dengan anak sedare jom masuk kereta tapi anak sedare aku kata jangan takut dia melompat masuk sama. So aku cakap kalau cam tu jom kita berlari kat guard house. Aku dah buat isyarat nak gi tapi tibe2 pompuan cina tu  sambil mulut kumat kamit dia macam nak pengsan dan berpaut pada tiang parking. Lepas tu tetibe je dia blah tinggalkan we all yang ketakutan dan terpingga2 tu. Pastu serious rasa bulu roma meremang. Anak sedara pulak dah merungut "kite rasa dia hantar something la cik nah sebab nape tah kite rasa semacam laaa.." adesss aku cuak gile..dah la lom solat. Pastu kelam kabut aku start kereta ajak anak sedare aku gi masjid berdekatan. Masa nak kuar gate tanya guard nampak tak perempuan cina pakai pakaian serba hitam sambil dengar lagu. Guard tu kata..'oooo dia tu orang gila. Dia tinggal sini..' haiyaaaa...aku still tak puas ati. Sepanjang jalan nak ke masjid tu we all rasa stress gile. Selesai solat terus ajak anak sedare gi makan malam..dah la aku dengan pakai t-shirt lengan pendek dan selempang je shawl..purse semua tinggal maka paham2 je la lesen ke ic ke duit ke semua tak ada..hahaha..

Tengah makan pun we all bincang pasal kejadian tadi. Ok..tu habis satu bab.. lepas makan we all balik dengan perasaan agak terganggu. Oleh sebab kejadian tadi macam agak menakutkan so we all macam tak boleh nak tido. Pastu dalam lebih kurang kul 12 lebih kot anak sedare aku kata nak minum air..aku pun follow..buka peti pastu aku cakap 'eh lupa nak cakap cik nah makan chocolate awak..' (memang sejak siang aku makan choc tu). Tetibe dia pandang aku..'eh cik nah..ni bukan choc saya..sy tak bawak pun ni'. Masa tu rasa meremang bulu roma tapi aku berkeras kata aku nampak dia pegang dan letak dlm peti. Dia plak berkeras sampai ke hari ini cakap tu bukan dia punya. Tapi choc tu memang dah buka..aku ngap je la (by the way aku memang jenis tak beli choc dan biasa memang tak akan ada stock choc kat umah)...adesss laa..dah kenapa tengah malam baru nak cakap tu bukan dia punya. Pastu kelam kabut aku ajak dia masuk bilik tido. We all punya stail plak kalo takut tu we all gelak..adess tak berhenti gelak..pastu senyap kekonon nak tido. Adess tapi tau je la bila takut memang tak boleh nak tido pun.

Pastu tengah tido terjaga plak terdengar sesuatu..haishhh..anak sedare pandang aku..aku pandang dia pastu we all try gak tido. Ntah kul berapa baru betul2 terlelap sampaikan azan subuh pun we all tak tersedar. Seriously padahal tak pernah pun rasa takut camtu tapi sebab cina gile tu memang terganggu gile rasa. haishhh..bila bangun pagi kami bincang pasal kejadian malam tadi tapi kami simpulkan yang bunyi-bunyi tu mungkin bunyi cicak la kot.

oh lupa..pas kami dah bertenang baru anak sedare aku cerita..dia kata cina tu memang dia pandang je aku masa kami mula berselisih, pastu baru dia ikut we all..aku memang tak perasan sebab asyik bersembang. Tapi sejujurnya cina tu tak nampak cam gila. Dia nampak cam sedang menurun..dengan mulut terkumat kamit membaca apa tah..arghhhh menakutkan sungguh. Aku harap hari ni dan sampai bila2 aku tak akan terserempak lagi dengan cina tu.

Menurut kata guard tu cina tu gila..orang-orang kat kawasan tu memang tau dia gila. Hurm..muda lagi cina tu..aku rasa dalam 20-an je umur dia. Mungkin tekanan agaknya..tapi tu la kekadang tak boleh nak teka gak benda2 camni. Ada kes yang memang dia diganggu makhluk halus lepas tu jadi gila..ada kes sebab tekanan dengan kehidupan. Apa pun moga kita semua dijauhkan dari segala kejadian yang tidak diingini..amin..






Image result for tekanan perasaanImage result for tekanan perasaan

Tuesday 11 July 2017

Rendang Limpa

Setengah orang tak makan organ dalaman ni..setengah plak tak suka limpa, tapi aku suka giler limpa. Mungkin sebab zaman aku kecik2 dulu arwah mak selalu masak. arwah mak memang suka makan limpa & hati lembu. Aku plak bila dewasa suka sangat makan rendang limpa sampaikan rendang limpa ni jadi menu wajib setiap tahun bila tiba hari raya.  Tapi aku buat rendang special sikit..rendang hitam namanya. Nah..sape2 nak cuba silakan. Ni aku share resipi untuk sekilo limpa.

Bahan-bahan

1 kilo limpa (nak ubah daging ke paru ke atau nak buat rendang campur pun boleh)

(Bahan untuk dikisar) :

5 ulas bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
sedikit cili api
1 sudu besar ketumbar

3 seduk cili giling/cili boh
3 batang serai } diketuk
3 helai daun kunyit } dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
santan dari sebiji kelapa
2 sudu besar kerisik
2 senduk besar kicap manis
1 keping gula melaka
garam secukup rasa

Cara memasak ;-

Masukkan limpa kedalam kuali bersama semua bahan dikisar, cili giling, kulit kayu manis & bunga lawang. Hidupkan api sederhana besar dan biarkan sehingga air dari limpa sedikit kering. Kemudian masukkan santan, kerisik, kicap manis, gula melaka & serai. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan rendang masak sebati kemudian masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus dan biarkan rendang sedikit kering hingga pecah minyak. Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba. Ni rendang cara aku. Sangat simple dan mudah nak masak.

 Sekilo limpa yang dipotong lebih kurang sebesar saiz kotak mancis api

 aku kisarkan je semua sekali dalam pengisar ni..senang

 Masukkan semua bahan kisar & cili giling sekali dengan limpa dalam kuali

 Keringkan air yang keluar dari limpa

 Tunggu kering 

Tadaaaa..sedia untuk dingap..wakakaka..






Sunday 9 July 2017

Kenduri ke Open House??

Sabtu lepas 8hb July dapat jemputan open house umah saidila.com. Jadi aku yang tahun ni memang belum beraya kemana-mana dengan semangatnya tak lepaskan peluang. Hahaha..sakit pun sakit la janji nak gak gi beraya memandangkan tahun ni memang lom lagi merasa raya.

Pagi tu rasa gak sakit so memang terbaring je la depan tv. Tapi semangat nak beraya tak pernah patah sebab tu aku memang kosongkan perut wakaka. Pas zohor siap2 dan kuar umah sebelum tu telan pain killer la dulu. Dengan riang aku memulakan perjalanan ke Puchong tapi separuh jalan keriangan aku tu menurun la sket sebab highway Elite jem nak mampus cam nak gi keje..lagi sakit ati sebab jem tu tak ada punca pun hahaha..maybe sebab cara pemanduan pemandu2 yang sangat berhemah la kot. Dalam hati menyumpah la sikit sebab aku dah la sakit nak memandu haha..

Sampai Puchong memang tak susah nak cari umah kak Long kawasan ni..ekekeke..tapi aku yang 1st time menjejakkan kaki kerumah beliau ni terkonpius la sket, mana taknyaaa...aku nak gi open house raya tapi depan mata aku ni kenduri..aku yang dah turun kete, dah jalan kaki sama2 dengan tetamu lain berpatah balik sebab seriously aku konpius..aku nak gi beraya je bukan nak gi kenduri. Hahaha..lama gak aku duduk dalam kete tu weih..pastu pusing lagi cari rumah kononnya takut silap umah. Pastu tanya member2 kat wassap group KBBA9..haaaa..betul la umah yang aku berpatah balik tu. Aku beranikan diri (maklum laaa aku datang sorang), eh nampak kelibat kak long..haaa..betul la umah ni..hahaha..adesss kalo tak dah lama dah aku melantak weiii..

Ya Allah..meriah sungguh la open house umah dia..cam kenduri la. Alhamdulillah sampai gak aku dan berkenalan dengan kawan2 blogger yang lain..ramah tamah semuanya. Aku plak masa makan tu ditemani Yannie & adik dia Syima yang comel lotey tu..seriously aku memang makan je semua hidangan yang ada tapi aku kontrol la memandangkan aku memang tak leh makan banyak sekarang..1st aku amik ialah sambal goreng..peberet aku la tu. Aku ni walaupun melayu tapi tekak jawa siot..hahaha..

Meriah sangat open house umah kak long ni..satay ada..kerang bakar pun ada. Lemang tak yah cakap la..memang sedap ada plak rendang paru. Tapi tu la kann..aku memang suka la cara masyarakat jawa bermasyarakat..diaorang memang best la kalo bab kenduri kendara ni. Aku 10 tahun duduk kat kawasan yang memang majoriti masyarakat jawa, memang nampak la cara diaorang memang terbaik la..berbeza sket dengan masyarakat melayu. Diaorang kalo kenduri kendara ni memang meriah gile..memang bermuafakat betul la..

Apa pun..terima kasih la pada kak long yang sudi menjemput ke majlis umah terbuka yang meriah sangat tu..tahun depan jangan lupa ajak lagi ekekeke..





Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...