Tuesday, 31 January 2017

Coffee Prince

Uiksss..dah dekat 9 tahun berlalu rupanya ek zaman demam cte coffee prince ni. Time aku gile sangat cte ni masa tu tahun 2008..anak dara pun lagi time tu..lom kawen lagi ekekek walaupun dah kenal dengan encik suami time tu. Masa tu ya Rabbi gile betul la aku dgn cte Coffee Prince. Hari2 tak sabar nak tgg malam sebab cte tu start kul 8.30 kalo tak silap wakakak..

Itu kisah 9 tahun lepas. Setelah 9 tahun berlalu aku ingat aku dah tak gile Coffee Prince lagi da tapi ternyata aku silap hahah benarlah kata orang cinta pertama mmg susah nak lupa wakakak tetibe plakkkk.. oiii kang laki baca salah paham plak pdhal nak bgtau aku masih gile Coffee Prince. Sekarang kat channel 394 ada ulangan cte Coffee Prince tu and guess what? Aku masih lg tiap hari tak sabar nak tgk hahahha pdhal dah tau jalan cte. Ntah..rasa sweet sgt cte tu haha.

Sape tak pernah tgk cte tu meh aku nak story sket. Cte tu pasal sorang pompuan yang menyamar jadi lelaki sebab nak keje kat kedai coffee tu then bos dia n dia start saling jatuh cinta tp masalahnya bos dia ingat dia lelaki..kat situ timbul la konflik sebab bos dia berperang dgn perasaan ye laaaa dia rasa di gile la sebab jatuh cinta dengan lelaki..wakakak dia mati2 ingat dia gay haha.. ok sampai situ je boleh cte kalo nak tau tengok sendiri hahah..

Eh, bercerita pasal gay atau cinta sejenis ni buat aku teringat 1 kisah seram zaman aku muda2 dulu..time tu umur 20-an masih bergetah la katakan wakakaka zaman kegemilangan kononnya..puiii..hahaha..nak jadikan cerita aku ada baik dengan sorang kakak ni..time tu dia anak 3 kalo tak silap. Oleh sebab aku baik dgn dia mmg selalu la lepak2 dgn dia sambil cte2..biasa pompuan kdg2 lepak gossip2 la sket kan..masa tu tak ada apa yg pelik sampai la 1 hari kakak tu bg aku sepucuk surat. Beria2 dia suruh aku baca..aku masa tu tertanya gak la nape akk yg mmg rapat dgn aku ni nak bg surat bagai. So malam tu aku buka la surat tu n baca..mak haihhhhhh nak pengsan aku weih..dia luahkan perasaan kat aku..OMG!! Dah kenapa akak tu??anak dah 3 tp suka kaum sejenis..seram mmg tak payah nak cakap la..jgn paling lawak bila dikenang semula ialah aku menangis puas2 hahah seminggu aku tak kuar umah..kuar time keje balik cepat2 berkurung dlm umah. Akk tu call mmg aku tak angkat..dia dtg umah pun aku ddk diam tak buka pintu. Dan sejak tu aku mmg jauhkan diri hahahha perghhh rasa ngeri n seram bagai. Pastu kebetulan rezeki aku dpt offer keje kat tempat lain so aku pindah dan aku tak cte pd sape2 kisah tu sampai la sekarang aku cte kat blog ni hahaha..apa2 pun aku bersyukur sebab aku sedar yg aku mmg bukan suka kaum sejenis..



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...