Saturday, 25 February 2017

Tak boleh tido

Poyoooo je kan? Tak leh tdo pun nak wat entri..puiii..hahah..arghhhh rilek laaaa..time tak leh tdo ni la leh layan blog bagai..ekekke..

Muahahaha..alkisah malam ni tdo umah mak angkat. Oleh sebab keluasan umah dia 3 ekar so koramg paham2 sendiri la camne besarnya umah ni. Rumah plak style ala bali..dannnn sebesar2 umah ni cuma i olss n mommy i olss tu je yg ada. Hahahha..ehhhh ni bukan takut tapi sebab tak biasa hahah..leh tak bg jawapan camtu? Alaaa..kira boleh la kan? Logik la kan? Sebab umah yg tak biasa. I olss tgk mommy i olss tu rilek jeee..dia kata kalo hasben dia tak ada atau anak2 tak ada mmg dia dok sorang2 je..alahaiii kentalnya dia. I olsss x kental cam tu laaa..ni tak leh tdo dok ngacau kat group wssap kbba hahah..paksa gak diaorg layan wssap i olss hahah..

Ni pun biarkan lampu terpasang..nak tutup lampu? Agaknya kul 8 pg esok laaa..hahhaha..ok la nk gi stalk ig jepp m sariyanti plak wakakka..gudnite๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Tido pasang lampu oiiip hahahha

Majalah

Seriously start bulan dah mula bz dengan pelbagai event. Insyallah akan berpanjangan hingga akhir tahun..aminn..

Alhamdulillah dalam kesibukan masih sempat mendapat undangan interview dari Majalah Keluarga dan Majalah Mingguan Wanita. Untuk majalah keluarga, 2 bulan berturut2 keluar cte tentang Min'z Sambal Hitam Pahang. Alhamdulillah rezeki Allah. Ada yang tanya mahal ke kena bayar nak masuk majalah? Allahuakbar..kami mendapat undangan yang tidak berbayar. Terus terang, untuk keluaran pertama Majalah Keluarga bulan Feb 2017..aku tak tau langsung Sambal aku akan kuar..kebetulan balik dari interview di Karamgkraf, wartawan yang interview aku tu bagi majalah Keluarga bulan Feb. Aku balik..belek punya belek pastu menjerit sorang2 sebab excited tgk produk sendiri kuar majalah hahahah..

Pastu last week masa event kat Hartamas, editor majalah Keluarga htr wssap gambar aku dah kuar Keluarga keluaran Mac dan tak sangka keluar serentak dengan Majalah Mingguan Wanita..Alhamdulillah rezeki yang tak sangka2 Allah nak bagi. Sebenarnya ada beberapa gak offer termasuk untuk rancangan NONA di tv3 tapi terpaksa tolak sebab mmg hectic sgt skrg dgn production & event.. Insyallah kalo ada rezeki mungkin lain kali pulak..hehe jangan tamak itu nasihat aku pada diri sendiri. Kalo ada rezeki tak akan kemana..kan? Apa2 pun syukur dgn rezeki Allah..tp ingat ye kwan2..tanpa usaha,tanpa doa tak akan kemana. Jangan ingat senang nak buat sesuatu tanpa usaha..lagi 1 tolong jgn menilai sesuatu hanya dari luaran..





Thursday, 9 February 2017

Support Bisnes Muslim

Pagi ni sebelum berusaha gigih mencari stock botol yang kehabisan sempat la aku dan encik suami bersarapam dulu di Bandar Bukit Raja kebetulan encik suami nak jenguk tapak projek dia di sana.  Suami ajak gi satu restoran ni..dia kata sedap. Aku cam biasa memang jenis tak kisah makan kat mana2 janji makan hahhaha.

Dari luar nampak..'wah!!lawanya kedai ni..mesti mahal' tu yang terdetik dalam hati. Melangkah masuk lagi laaaa rasa cam 'sah mesti mahal'. Biasa laaa kan manusia ni suka judge dulu. Hidangan plak ala buffet..layan diri,amik la apa ko nak makan pastu gi bayar kat kaunter. Encik suami amik nasi lemak sambal sotong. Aku pun sama tapi aku tamak sket hahah..aku amik nasi lemak sambal sotong,sikit kuey teow,popia pedas sebungkus & kuih lopez sebungkus. Pastu kami order nescafe tarik 2. Sampai kaunter je dalam hati aku kata mesti paling murah ni dalam rm20 lebih ni sebab amik banyak makanan dan deco plak mmg cantik. Tapi ternyata telahan aku meleset. Semuanya cuma RM15 sahaja..2 kali aku tanya betul ke harganya..hahaha..

Seriously korang..dah la sedap, murah pulak. Sempat berborak dengan salah sorang pekerja, katanya memang bos diaorang nak menyediakan restoran yang mewah dengan harga berpatutan khas untuk orang2 melayu khususnya. Restoran ni selalu mengadakan program keagamaan dan menjemput anak2 yatim untuk diraikan. Sape2 berkesempatan leh la berkunjung ke Restoran Nasi Ayam Hainan Ikhwan di Bandar Bukit Raja,Klang. Memang berbaloi. Opsss..maaf sebab kualiti gambar x cantik hehe..








Wednesday, 8 February 2017

Resipi Asam Laksa

Arini teringin nak makan Asam Laksa..so pagi2 dah call hubby bagi dia pilihan..nak makan nasi ke makan laksa? Hahah..hubby kata nak laksa (memang dalam hati berdoa mintak2 dia pun nak makan laksa hahhaa)..so apa lagi..terus zasss ke dapur rebus ikan..ok aku share ek resipi aku..ni cara aku la.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung (sbb aku berdua je nak mkn so rebus 2 ekor je, biasa aku suka guna ikan sardin..bukan sardin dlm tin tu tau..sardin segar)
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
Beberapa keping asam gelugur (ikut suka tahap kemasaman korang)
1 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
Sedikit garam & gula (aku suka letak gula sikit utk ganti ajinomoto)

Cara-cara:

Mudah je korang..rebus ikan tu. Air rebusan ikan jangan dibuang. Pastu korang amik isi ikan n blend dengan air rebusan ikan tadi. Tulang ikan tu plak korang buang kepala n blend sampai hancur n tapis masuk dalam periuk. Pastu korang blend bawang n masuk dlm periuk jugak. Masukkan sekali semua bahan yg aku taip kat atas tu..pastu biar je menggelegak sampai masak..senang kan? Muahahah pastu beli je la laksa yg dah siap rebus tu..hehe kan zaman skrg cukup mudah..semua dah sedia ekekek..so selamat mencuba




Sunday, 5 February 2017

Resipi Asam Pedas Ikan Pari

Hari ni terajin plak nak masak asam pedas ikan pari hehe..actually encik suami yang request..dah request dari hari Sabtu lagi. Oleh sebab encik suami memang dah terbiasa makan asam pedas dari air tangan aku sejak 8 tahun ni jadi dia memang cerewet sket makan asam pedas di kedai. Muahah tu la  namanya the power of air tangan isteri haha.. ok hari ni aku rasa bermurah hati nak share resipi ekeke..kalo rasa nak try cara aku ni try la..

Bahan-bahan:
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
Sebiji bawang besar (setengah org letak bawang putih tp aku tak suka letak bawang putih, so kalo korang nak letak pun boleh)
Sedikit belacan (ni pun sama nak letak boleh tak letak boleh. Aku biasa tak letak tp hari ni aku letak sket haha)
Ok..bahan2 diatas ni korang blend tau. Tp aku suka tumbuk sebab lagi original rasanya..hahah aku bab ni memang ortodoks sket aku masih suka kekalkan cara tradisional. Make sure tumis sqmpai betul2 garing tau.

3 sudu besar cili giling (ini ikut suka tahap kepedasan korang. Cam aku, aku tambah lg 2 biji ciki api)
* lepas bahan yg atas tu dah garing korang masukkan cili giling ni bersama dengan 1 sudu gula sebagai ganti bahan perasa n utk cantikkan kaler. Tumis sampai garing jugak

Ikan pari
2 biji tomato (belah 4)
2 kuntum bunga kantan (belah 4 je)
2 batang serai diketuk
Segenggam daun kesum
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit garam

Lepas semua bahan tumis dah garing masukkan semua bahan kat atas ni bersama semangkuk air. Jgn banyak2 air nnt asam pedas x pekat..aku mmg kurang berkenan nak makan asam pedas yg cair cam singgang tu ekekek.. pastu bila dah menggelegak dan agak2 dah masak korang tutup la api. Tadaaaaa dah siap dah n boleh dihidang. Nak sedap lagi? Korang mkn dengan ikan masin,sambal belacan n ulam weihhhh..perghhh..mmg best laa..

Muahah ini lah hasil kejadiannya.. selamat mencuba

Thursday, 2 February 2017

Antara masa & malas

Pernah tak korang rasa korang banyak gile idea nak tulis blog..nak update blog korang but end up krik krik krik krik je sebab korang malas..hahaha..itu yang aku alami sekarang. Dulu aku selalu bising tak ada masa nak update blog. Tapi minggu ni aku tak sesibuk minggu minggu sebelumnya dan ada masa yang aku memang rileks gile. Masa terluang tu cam biasa la aku suka tgk channel CI utk jdkan bahan blog aku jugak la..

Tgk CI mmg mengujakan..tgk siri Murder Made Me famous, Killer kid menyebabkan idea datang mencurah2..sambil tgk tv sambil pegang fon sambil search maklumat kat internet. Muahahah bahan n idea dah ada beb tapiiiiii still krik krik sebab ya Allah malas nak mampus. Dah tahap kena mandi bunga dah aku ni oiiiii..gile malas. Muahaha..ades..ya Allah..jauhkan lah aku penyakit malas ni ya Allah..jadikan la aku rajin nak update blog cam kwn2 n otai2 blogger yg lain..aminnnn..(sila baca doa ni berjemaah kalo korang pun alami apa yg aku alami wakakkaa)

Ok chow dulu..nk tgk tv jap cari bahan lagi hahahahha..nak update bila tu x pasti lg wakakak


Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...