Wednesday, 8 February 2017

Resipi Asam Laksa

Arini teringin nak makan Asam Laksa..so pagi2 dah call hubby bagi dia pilihan..nak makan nasi ke makan laksa? Hahah..hubby kata nak laksa (memang dalam hati berdoa mintak2 dia pun nak makan laksa hahhaa)..so apa lagi..terus zasss ke dapur rebus ikan..ok aku share ek resipi aku..ni cara aku la.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung (sbb aku berdua je nak mkn so rebus 2 ekor je, biasa aku suka guna ikan sardin..bukan sardin dlm tin tu tau..sardin segar)
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
Beberapa keping asam gelugur (ikut suka tahap kemasaman korang)
1 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
Sedikit garam & gula (aku suka letak gula sikit utk ganti ajinomoto)

Cara-cara:

Mudah je korang..rebus ikan tu. Air rebusan ikan jangan dibuang. Pastu korang amik isi ikan n blend dengan air rebusan ikan tadi. Tulang ikan tu plak korang buang kepala n blend sampai hancur n tapis masuk dalam periuk. Pastu korang blend bawang n masuk dlm periuk jugak. Masukkan sekali semua bahan yg aku taip kat atas tu..pastu biar je menggelegak sampai masak..senang kan? Muahahah pastu beli je la laksa yg dah siap rebus tu..hehe kan zaman skrg cukup mudah..semua dah sedia ekekek..so selamat mencuba




3 comments:

  1. Bafu lepas makan laksa.... seumur hidup suke sgt dgn laksa tapi sekali pn xpernah buat... ni kena cuba ni..

    ReplyDelete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...