Tuesday, 11 July 2017

Rendang Limpa

Setengah orang tak makan organ dalaman ni..setengah plak tak suka limpa, tapi aku suka giler limpa. Mungkin sebab zaman aku kecik2 dulu arwah mak selalu masak. arwah mak memang suka makan limpa & hati lembu. Aku plak bila dewasa suka sangat makan rendang limpa sampaikan rendang limpa ni jadi menu wajib setiap tahun bila tiba hari raya.  Tapi aku buat rendang special sikit..rendang hitam namanya. Nah..sape2 nak cuba silakan. Ni aku share resipi untuk sekilo limpa.

Bahan-bahan

1 kilo limpa (nak ubah daging ke paru ke atau nak buat rendang campur pun boleh)

(Bahan untuk dikisar) :

5 ulas bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
sedikit cili api
1 sudu besar ketumbar

3 seduk cili giling/cili boh
3 batang serai } diketuk
3 helai daun kunyit } dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
santan dari sebiji kelapa
2 sudu besar kerisik
2 senduk besar kicap manis
1 keping gula melaka
garam secukup rasa

Cara memasak ;-

Masukkan limpa kedalam kuali bersama semua bahan dikisar, cili giling, kulit kayu manis & bunga lawang. Hidupkan api sederhana besar dan biarkan sehingga air dari limpa sedikit kering. Kemudian masukkan santan, kerisik, kicap manis, gula melaka & serai. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan rendang masak sebati kemudian masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus dan biarkan rendang sedikit kering hingga pecah minyak. Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba. Ni rendang cara aku. Sangat simple dan mudah nak masak.

 Sekilo limpa yang dipotong lebih kurang sebesar saiz kotak mancis api

 aku kisarkan je semua sekali dalam pengisar ni..senang

 Masukkan semua bahan kisar & cili giling sekali dengan limpa dalam kuali

 Keringkan air yang keluar dari limpa

 Tunggu kering 

Tadaaaa..sedia untuk dingap..wakakaka..






No comments:

Post a Comment

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...