Friday 10 March 2017

Bila Allah tarik 1 nikmat..

Alhamdulillah selepas bbrp lama hari ni aku berkesempatan nak update blog. Selain bz dengan event yang berlangsung pada 16 Feb - 26 Feb aritu, aku diuji dengan kesakitan. Ya Allah memang seksa ujian kali ni.. 2 minggu aku terbaring je..Allah tarik sementara nikmat berjalan dan nikmat duduk. Bayangkan selama 2 minggu ni makan pun baring.

Sakit apa? Al-kisah sejak 16hb ari aku dah start sakit pinggang tp aku ignore je sebab ingat biasa la pompuan bila nak datang bulan mmg sakit pinggang so aku teruskan la keje2 aku kat event di Hartamas. Habis event di hartamas, terus bersambung di UPM pada 23hb Feb. Time tu mmg dah rasa agak teruk tp aku jenis malas sgt nak layan sakit. Then pada 24hb (Jumaat) mmg start sakit gile sampai tahp rasa sakit nak berjalan so gi berurut. Pas urut Alhamdulillah ok then aku teruskan keje kat UPM sampai selesai. Isnin aku rasa cam getting worst tp aku still ignore coz aku pikir maybe sebab aku penat giler.. hari Rabu aku rasa cam ni x boleh jd ni so urut lagi sekali..haaaa pas urut tu dlm sejam dua langsung x leh nak gerak. Aku dah start takut..pastu kaki kiri start cramp.

Hasben bawak ke klinik doktor cakap ni cuma masalah muscle so dia bagi 2 injection n ubat tahan sakit tapi langsung tak berkesan. Pastu start x leh duduk,bangun, berdiri. Tiap kali sakit menyerang mmg tahap meraung la..smlm hasben bawak ke KPJ, doc check semua termasuk x ray. Alhamdulillah  setakat ni blm ada apa yg serious..tapi kena kena wat MRI..yang aku takut sket. Harap mmg x de masalah besar..so far doc mmg cakap pasal muscle je. Doakan aku kembali sihat seperti biasa. Tapi sebagai ingatan bersama..muda2 ni jaga la kesihatan betul2..jgn terlalu angkat berat,jgn terlalu kerja keras..bagi masa utk badan berehat..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


4 comments:

  1. kalsium dalam badan dah berkurang maksudnya kalau macam tu sis.. :) In Sha Allah kalau sis berminat, saya akan consult sis untuk sembuh hanya dengan Shaklee.. In Sha Allah dengan ikhtiar sis, Allah elokkan balik penyakit sis tu. Jangan risau. Ramai dah yang alami perkara macam ni dan sembuh dengan bantuan vitamin shaklee. ubat tahan sakit sangat berbahaya untuk kesihatan masa panjang kita :) http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...