Thursday 24 August 2017

Mangrove River Cruise aktiviti yang mengasyikkan

Antara aktiviti menarik dan mengasyikkan yang disediakan oleh pihak The Legend Resort Cherating untuk pengunjung ialah 'Mangrove River Cruise'. Hari Sabtu lepas aku berpeluang untuk menyusuri sungai hutan bakau yang pada aku adalah satu pengalaman yang sangat bermakna. Sebelum ni aku tak pernah pun menyusuri sungai dan hutan bakau ni. Terima kasih pada pihak legendresort.com.my yang membawa blogger-blogger dari kbba9.com merasai pengalaman yang penuh bermakna ini.



Siapa sangka ditengah-tengah hutan pakau ni terdapat pemandangan yang sangat indah dan menarik. Tapi dalam banyak-banyak pemandangan aku sangat tertarik dengan sebuah jeti kecil yang sempat aku rakamkan gambar kenang-kenangan.




Masyaallah..cantik sungguh pada aku jeti kecil ni. Kami dibawa menyusuri sungai sepanjang lebih kurang 7km untuk menikmati pemandangan dan keindahan alam semulajadi. Memang sangat berbaloi. Bagi yang memang pencinta alam..inilah tempat yang sesuai untuk anda. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Mangrove River Cruise ni anda boleh lawati sendiri ke laman facebook Hafiz KLIK DI SINI.

Bagi yang menginap di The Legend Resort Cherating, anda boleh memilih aktiviti ini dengan bayaran cuma RM70 (Dewasa) dan RM40 (kanak-kanak) sahaja. Sangat berbaloi dan berpatutan.

Aku suka gambar ni..tq Nani  https://umminani.com/ untuk gambar yang comel ni



2 comments:

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...