Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :-
- Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill
- Mengikat tali kasut
- Menggilap kasut
- Menyikat rambut
- Menyiram pokok
- Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja.
Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan. Cuba lah ajar anak-anak. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya sangat bagus. Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa sebenarnya berlaku sewaktu kanak-kanak menjangkaui tahun pertama usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia 2-3 tahun. Waktu ni diaorang memang cenderung untuk meniru semua perlakuan orang dewasa tau..(opkos tu merujuk pada ibu bapa). Sebab tu masa ni la ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak.