Tuesday, 5 September 2017

Sambal Tumis Petai Ikan Tongkol

Aku ni memang hantu petai. Nape ntah rasa nikmat sangat kalau dapat makan petai..pulak-pulak buat ulam makan dengan sambal tempoyak.

Pagi Raya Aidil Adha lepas aku cuma masakkan nasi tomato, kari kepala ikan dan sambal tumis petai ikan tongkol. Tak ada hidangan istimewa raya..tapi pada aku istimewa sangat bila ada petai..hahaha..sempat aku sediakan gambar untuk share resipi dengan korang.



Bahan-bahan :-

Sekeping Ikan Tongkol
2 papan petai
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili giling
1 sudu kecil gula
sedikit garam




Cara - cara :-

  • Gaulkan ikan tongkol dengan garam & kunyit kemudian goreng & ketepikan


  • Dengan meggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar yang dihiris hingga kekuningan


  • Masukkan cili giling bersama gula, tumis sehingga betul-betul pecah minyak


  • masukkan petai, ikan tongkol & garam

  • sedia untuk dihidang

senang sangat nak buatnya kan? Yang penting sedap..cuba lah..


4 comments:

  1. jadi lapar lak nengok sambal tumis ni hihihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lah. Kita pun hantu petai tapi mengandung kali ni tak boleh makan, nanti angin satu badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo angin ek?..tak pe nanti habis pantang makan semula..

      Delete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...