Monday, 4 September 2017

Air Asam Timun..resipi rare turun temurun

Semalam aku demam, jadi tekak meragam sikit la..terasa nak makan benda yang masam & masin. Buntu tak tau nak buat apa..daging masak itam memang aku dah masak dari tengah hari tapi rasa nak makan benda lain. Buka peti tengok ada timun..kebetulan stock tempoyak baru masih banyak lagi dalam freezer, apa lagi..terus terpikir nak buat air asam timun.

Air asam timun ni sebenarnya resipi rare turun temurun orang belah-belah Raub, Lipis & Jerantut. Masa kecil-kecil dulu memang selalu aku makan air asam timun ni..arwah wan (nenek) dan arwah mak aku selalu buat. Memang berselera makan. Pulak-pulak kalau ada ikan bakar tawar, perghh memang terangkat. Tapi syarat nak sedap mesti guna tempoyak baru sebab rasa manis-manis durian tu ada. Aku memang anak jati Pahang..tiada campuran..Arwah wan dan Tok memang anak jati Pahang..kalau IC zaman sekarang memang 06 la.. Arwah mak & arwah abah pun IC 06, aku pulak memang dilahirkan di Hospital Raub so memang sah-sah la IC 06. Jadi memang 100% anak jati Pahang..aku bukan macam sesetengah orang, mak orang Pahang tp ayah dari negeri lain..atau ayah orang pahang mak pulak dari negeri lain, kat rumah cakap ikut dialek lain tapi IC 06..hehe..belum cukup jati lagi namanya tu. Sebab tu aku cerewet bab makan masakan Pahang sebab tekak aku memang membesar dengan masakan Pahang. Kalau makan gulai tempoyak escpecially..alahai sensitip benor dengan makna 'kesedapan'. Gulai tempoyak yang sedap ialah gulai tempoyak yang cukup rasa masam, manis..cukup rasa daun kesumnya..Cam aku aritu try makan gulai tempoyak ikan baung, rasa nak muntah pun ada..ada ke gulainya rasa manis cam bubur..

Berbalik pada kisah air asam timun, mungkin lain kampung lain la panggilannya tapi aku memang panggil air asam timun. Nak buat pulak teramatlah senangnya..yang penting ada timun dan tempoyak baru. Camne nak buat? Timun tu cuma cincang-cincang bagi hancur, kemudian masukkan garam sikit dan tempoyak baru serta sedikit air sebagai kuah..jangan letak banyak sangat airnya sebab kalau pekat baru sedap. Terlalu cair pun tak sedap..senang cerita yang sedang-sedang aje la. Setengah orang letakkan sedikit ikan bilis sebagai pemanis atau letakkan ikan bakar tawar yang dihancurkan..terpulang pada selera masing-masing.


Semalam aku cuma buat yang kosong maksudnya tanpa letak ikan bilis atau ikan bakar tawar. Kemudian aku goreng ikan tamban masin yang dibeli di Pasar Kuala Kemaman. Perghh berselera aku makan. Daging masak itam pun tak terusik sangat. aku tengok laki aku pun sama..berselera dia makan. Dia memang sejak kawen dengan aku ni aku didik dia makan masakan Pahang..hahaha..



Sebelum makan cam biasa sempat snap gambar..post kat FB..ekeke.banyak plak feedback yang dapat tapi yang lawaknya ada kawan yang memang anak jati Lipis yang tak pernah makan..ekekeke..maybe tak sampai resipi rare tu ke daerah diaorang. Tapi rupanya ramai peminat Air Asam Timun ni..ekeke..

Nah tengok aje komen-komen ni..ekeke..bertabahlah membacanya ye sebab banyak message dalam loghat Pahang..





3 comments:

  1. Kita pun anak jati Pahang tapi tak pernah lagi makan air asam timun ni, maybe belah Temerloh panggil lain kot. Nanti nak cubalah!

    ReplyDelete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...