Friday, 14 April 2017

Sihat itu 1 nikmat

Diuji Allah dengan kesakitan selama 2 bulan ini memang sangat2 menguji iman & kesabaran. Kena sentiasa didik hati supaya redha dengan segala ketentuan Ilahi. Sakit itu penghapus dosa2 kecil. Benarlah kata orang..hanya yang sakit akan sedar betapa nikmatnya diberi kesihatan yang baik. Ketika sakit inilah peluang untuk kita muhasabah diri. Jika dulu aku bebas bergerak ke sana ke mari, dapat dudk berjam2 lamanya, dapat berlari & melompat sesuka hati..sekarang bila Allah uji aku dengan rasa sakit untuk bergerak, rasa sakit untuk duduk dan rasa sakit untuk berjalan baru lah aku sedar berapa nikmatnya dapat duduk..betapa nikmatnya dapat berjalan.

Selama 2 bulan ni memang ulang alik berubat je. Doktor kata aku kena PID atau bahas mudahnya slip disc. Memang satu penyakit yang sangat menyiksakan. Satu penyakit yang memberi aku pengalaman & gambaran betapa seksanya jika menjadi lumpuh. Sungguh pada mulanya aku tak kuat. Bayangkan aku seorang yang sangat aktif, yang hidup memang tidak bergantung pada orang tiba2 aku sakit terlantar. Makan pun harapkan suami suap..tukar pakaian & bersihkan diri pun atas bantuan suami..sungguh tiap hari aku bergelumang air mata. Tipu la kalo aku kata aku tak down. 2 minggu pertama aku betul2 down. Tp bila masuk minggu ketiga aku mula bangkit! Ye aku mesti kuat! Aku tak boleh lemah langsung sebab sifat lemah akan mematikan semua semangat juang utk kembali sembuh. Akhirnya dengan bantuan keluarga aku bangkit..aku cuba lawan semua perasan down aku. Aku cuba 2-2 kaedah perubatan moden & traditional. Alhamdulillah sekarang aku sudah boleh uruskan diri sendiri..walaupun belum baik sepenuhnya tp aku bersyukur aku sudah beransur pulih. Bayangkan berat badan aku susut sampai hampir 5kg sepanjang 2 bulan ni.

Hari ni aku sekadar berkongsi tentang perasaan syukur aku & perasaan betapa nikmatnya jika diberi kesihatan yang sempurna. Insyallah dalam entri akan datang aku sharekan tentang apa itu slip disc. Terima kasih atas doa kalian selama ini. Jika berkesempatan yg lupa tengok aku muncul live dalam rancangan Nine11 yang akan ke udara di Channel 502 Bernama Tv pada 18hb April 2017 pd pukul 9-11 pagi

Kat bawah ni aku share gambar2 aktiviti kuar masuk hospital..


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...