Wednesday, 19 April 2017

Tetap semangat walaupun sakit

Hari Selasa lepas (18/4/17) aku dapat jemputan daripada pihak Bernama News Channel untuk ke udara secara live di bawah payung usahawan cemerlang Hawa Business Centre. Alhamdulillah..orang kata rezeki jangan ditolak. Seperti yang aku dah maklumkan sebelum ni..aku ni tengah kena PID (slipped disc) so memang pergerakan semua terbatas. Beberapa hari sebelum kuar live tu aku rasa cam makin sakit & aku plak makin risau. Macam2 aku pikir..macam mana kalo aku tak boleh berjalan langsung? Macam mana kalo aku tak boleh duduk langsung? Haishhh macam2 la dalam kepala otak aku ni. Dan tiap hari juga aku tak henti berdoa moga dipermudahkan segala urusan aku.

Alhamdulillah..Allah mendengar segala doa aku. Pagi2 Selasa tu sebelum keluar rumah (aku panggil grab car utk amik aku) aku bfast segelas milo + sekeping roti & telan 2 biji panadol. Pukul 6 pg grab car sampai..kalo sebelum ni aku mmg tak boleh duduk dalam kete Alhamdulillah aku boleh duduk sepanjang perjalanan dari Klang ke Wisma Bernama tanpa sebarang masalah, Kebetulan pemandu tu budak medical so berborak rancak dengan dia pasal PID so dapat lah beberapa nasihat dr dia. Sampai sana pukul 6.50 pagi. Terus aku ke bilik VIP. Kebetulan aku awal sampai sana so mmg tak ada org so aku amik kesempatan tu utk baring berehat atas sofa..ekekekke kira2 buat cam umah sendiri la. Tak lama lepas tu masuk jutawan muda cik Syafieqah A'lya & kwn dia. Aku bgn jap sebab segan tp x lama tu aku baring balik n bgtau diaorg aku tak sihat. Hehe tgh syok2 baring makanan plak dihidangkan dalam bilik tu so tak kan aku nak baring lagi ekekkeek so tawakkal je la semoga aku dapat bertahan sehingga selesai kerja. Dipendekkan cerita lepas aku dimakeupkan..aku amik sikit bfast kat bilik VIP tu then telan lagi sebiji ubat. Alhamdulillah sehingga live aku tu habis aku tak alami sebarang kesakitan utk duduk. Cuma bab berjalan memang la..semua yg kat set tu semua tegur kenapa dgn kaki aku hahahha sebab jalan macam org cacat..memang terhencut2. 

Abes je show tu..Puan Jenn (founder Hawa Business Centre) merangkap kawan aku bawak aku ke cafe di level 8 utk jamuan ringan. Yang ada masa tu Cik Syafieqah A'lya, Ain (kawan syafieqah), Azie (tokey aksesori wanita), Azam Smile (penyanyi baru) & manager dia. So we all lepak la makan jap..tp tak lama lps tu manager dia tanya aku tgh menahan sakit ke sebab nampak muka aku sakit hahahah..so dia bg lg pain killer. So alkisahnya utk hari tu je aku telan 4 biji pain killer. Ekekekke..semangat mesti kuat walaupun sakit. So itu la kisahnya..ramai sahabat n saudara yg tegur aku nampak sihat..Alhamdulillah..Allah memang maha Penyanyang..sepanjang live show tu berlangsung memang aku tak sakit. Balik tu hasben aku dtg amik n sempat lagi kami singgah makan nasi kukus kat R&R Awan Besar sambil dapatkan agent baru. Tp balik tu aku rasa semacam sikit maybe sebab overdose pain killer hahah. Esoknya pulak terasa la uzur sikit agaknya sebab terlalu berkuat smlmnya. Apa2 pun doakan aku semoga cepat sembuh seperti sediakala ye.





No comments:

Post a Comment

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...