Thursday, 31 August 2017

Resipi Kari Kepala Ikan Khas untuk sahabatku Ina

Hahaha..cam poyo je tajuk kali ni kan? Tapi sebenarnya memang aku ikhlas disitu..Aku tujukan resipi ni khas utk kawan baik aku Zurina.. Ina ni mangkuk sikit..ada ke halba pun tak kenal hahaha..pada mula aku tak terpikir pun nak letak tajuk tu ada nama dia & tak terpikir pun nak kutuk-kutuk dia sikit dalam blog aku ni tapi dia sendiri yang bagi idea hahaha..dia pesan 'nanti ko jangan kutuk aku pulak kat blog ko' hahahah lepas dia pesan camtu terus la datang idea..tu la lain kali jangan pesan camni kat aku.

Alkisah semalam aku berwassap denga dia, cerita pasal hidangan raya. Aku bgtau aku tak masak apa cuma untuk pagi raya aku nak masak nasi tomato dan kari kepala ikan je memandangkan kepala ikan merah yang beli di pasar Kuala Kemaman masih ada dalam peti. Terus si Ina mintak resipi..tapi aku bagitau ni resipi kari india so memang tak letak santan. Hehe..masa sebutkan bahan-bahan tu la si Ina ni tanya halba tu apa..wakakka..bukan takat halba, rempah 3 sekawan pun dia tak tau oiiii..tepuk dahi aku mendengarnya hahaha..

Ok, malas dah nak cerita pasal kawan baik sejak zaman sekolah yang sengal tu. Nah sape-sape nak resipi copy la ni. Ni resipi kari kepala ikan cara aku

Bahan-bahan :-
Kepala ikan
Seulas bawang besar dimayang halus
Sedikit halba
Sedikit biji sawi
Sedikit jintan
3 sudu besar serbuk kari
1/4 serbuk kunyit
Daun kari
Bendi
Tomato
Air asam jawa








Cara-cara memasak :-

Panaskan minyak dalam kuali/periuk
Tumiskan bawang besar yang dihiris hingga layu dan naik bau


Masukkan daun kari,halba,biji sawi & jintan (tumis sekejap..halba dan biji sawi tak boleh tumis lama nanti rasa pahit)


Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh bersama air dan serbuk kunyit. Tumis hingga pecah minyak.





Masukkkan air asam jawa


Masukkan air dan tomato (aku suka tomato hancur supaya rasa masam tomato meresap dalam kuah)


Masukkan kepala ikan, dan garam


Masukkan bendi akhir sekali

Tutup api dan sedia dihidangkan















Tuesday, 29 August 2017

Keropok Lekor oh Keropok Lekor




Sekarang dah start musim cuti sekolah kan? Mak-mak budak dan bapak-bapak budak pun seronok sebab kali ni cuti bersambung..31hb Hari Kemerdekaan dan diikuti cuti Raya AidilAdha pulak pada 1hb September..ekekeke sape yang kerja bahagian HR je rasa tak best sebab ni musim-musim payroll wakakaka..

Siapa yang dapat bercuti-cuti Malaysia tu best la..boleh la gi berjalan-jalan. Dan siapa yang plan nak bercuti ke arah Pantai Timur jangan lupa pergi cari keropok lekor. Haishh pebret aku tu..aku kalau dapat keropok lekor memang tak henggat donia dah..untuk ibu bapa yang nak bawa anak berjalan-jalan jangan lupa bawakkan sekali mereka ke tempat yang ada demo macam mana nak buat keropok lekor..so tak ada la jalan-jalan sahaja..masukkan sikit ilmu dan pembelajaran sambil berjalan pada anak-anak..

2 minggu lepas masa aku dan rakan-rakan bloggers dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ke The Legend Resort Cherating, pihak The Legend Resort Cherating telah membawa kami ke tempat pembuatan keropok lekor di Kuala Kemaman..Keropok Cap Intan nama kedai tu. Jadi kami semua berpeluang untuk melihat bagaimana keropok lekor dihasilkan. Bukan setakat melihat, kami juga diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman membuat keropok



Tengok je la hakak-hakak kawasan ni..bukan main lagi mencuba menggetel keropok..




Kami bukan setakat diberi peluang untuk mempelajari bagaimana cara membuat keropok lekor dan diberi peluang untuk mencuba buat keropok lekor..malah kami turut diberi hidangan keropok dan minuman oleh 'tuan rumah' Keropok Cap Intan ni tau..ekekeke..memang best la. Aku dan suami memang tak lepaskan peluang untuk memborong keropok lekor ni..maklumlah..kami berdua memang hantu keropok lekor..hahaha..

Amboi-amboi FF..bukan main lagi conquer keropok ekkkk..hahaha..

Jadi pada sesiapa yang berkesempatan untuk bercuti-cuti Malaysia boleh la terus lajak ke Kuala Kemaman. Nak cari Keropok Cap Intan ni senang je..nah kita share alamat nanti korang waze je la..hahaha

Lot 301, Hadapan Masjid Kuala Kemaman,
24000, Kemaman, 
Terengganu Darul Iman
TEL : 09-8684678



Monday, 28 August 2017

Bebanan Hidup


Makin hari makin teruk bebanan perbelanjaan seisi rumah. Sekarang kenaikan harga segala jenis barang memang terasa sangat-sangat. Ekonomi makin teruk, barang makin naik. Rata-rata asyik laungkan..kena pandai berjimat cermat, memang benar aku juga bersetuju tapi cuba andaikan gaji RM3,000 hidup di Kuala Lumpur ni apa je yang yang boleh makan? Aku cuba buatkan kira-kira sebagai contoh ;

Gaji bersih (RM3,000)

(-) Hutang kereta RM800
(-) Insurance RM200
(-) Sewa Rumah RM800
(-) Tol/minyak RM500
____________________
RM700 (Baki)

Ini cuma kira-kira andaian sahaja tau..dengan baki RM700 tu berapa je lagi baki yang akan tinggal untuk makan? tu belum tolak bil elektrik & air lagi. Ni baru kira-kira andaikan orang itu bujang. Kalau ada anak?? Mampus jawabnya. Kalau suami isteri bekerja boleh juga bantu membantu..kalau sorang bekerja? Jadi untuk rakyat marhean macam aku ni..nak berjimat camne lagi? Jangan kata suruh jual kereta dan naik pengangkutan awam plak..hahaha..sebabnya pengangkutan awam pun mahal cam naik kereta jugak. Yang aku sebut kat atas tu semua perbelanjaan wajib tau. Kereta memang dah jadi barang keperluan, sama jugak dengan insurance..semua dah jadi benda wajib ada di zaman sekarang ni. Tu belum aku sentuh bab nak bayar personal loan la, nak beli top up untuk handphone la..haish..garu kepala kan? Sekarang duit macam air paip yang buka besar2 curahannya..mengalir tanpa henti..bertabahlah kita semua. 



Sunday, 27 August 2017

Resipi Udang Kara With Buttermilk Sauce

Aritu kan aku sakan ber 'family day' di The Legend Resort Cherating dengan rakan-rakan bloggers KBBA9. Aku kan ada cerita aku berkesempatan untuk memborong makanan laut dekat Pasar Kuala Kemaman..so aritu aku beli la udang kara (beli 2 ekor je sebab memang makan berdua je kannn)..weekend baru ni baru berkesempatan nak masak. Puas gak pikir nak masak apa last-last aku decide nak masak dengan Buttermilk Sauce la..



Hehe..nah aku sharekan resipi buttermilk sos aku. Ni cara aku la..kalau korang ada cara yang paling best..ikut la resipi korang..ekekeke..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sos buttermilk ni senang je :
  • Butter (guna lebih kurang 1/4 je)
  • Susu cair (setengah tin)
  • Bawang putih yang dicincang halus (3 ulas dah cukup)
  • Daun kari (aku guna lebih kurang 2 tangkai)
  • Cili padi yang dipotong halus (mengikut selera)
  • sedikit tepung jagung sebagai pemekat sos (aku guna sesudu kecil) dan terus kacau dalam susu cair yang dah dituang dalam mangkuk.
Bahan untuk hiasan pula :
  • Brokoli
  • Carrot



Cara-cara memasak :


  • Mula-mula rebuskan (nak kukus pun boleh tapi sebab aku suka guna air rebusan udang tu untuk merebus bahan lain jadi aku pilih untuk rebus la) udang kara yang dah korang bersihkan
  • kemudian ketepikan, air rebusan udang tu jangan buang sebab rebus pula brokoli dan carrot supaya masa makan sayuran tu terasa manis air rebusan udang. Kemudian ketepikan juga brokoli dan carrot yang siap direbus

Ni rupanya udang kara yang dah siap direbus, ketepikan dalam pinggan ye
Selesai je rebus merebus tu..
  • Panaskan periuk/kuali
  • Masukkan butter dan cairkan
  • Kemudian masukkan bawang putih, daun kari dan cili api..tumis sebentar
  • Masukkan susu cair dan tepung jagung
  • masukkan sedikit garam dan gula
  • kacau sehingga pekat. Tutup api dan sedia dihidang (tuangkan aje sos atas udang kara yang sudah direbus tadi)
Cairkan butter dalam periuk yang dipanaskan

Tumiskan bawang putih, daun kari dan cili

Masukkan susu cair yang sudah dibancuh dengan dengan jagung dan kacau hingga pekat


Senang sangat kan nak masak ni? Dah la senang sedap pulak tu. Aku dan suami makan puas hati sungguh..dengan isi udang kara yang segar, pejal dan gemuk tu..hehe..




tengok je la isi udang kara ni..memang segar sangat


Licin daaa..kepala tu beria-ria aku dan suami korek..cari otak..perghhh memang sedap sangat-sangat

Agak susah sikit nak dapatkan udang kara ni. Kalau ada pun kat KL ni mahal la sikit. Kat Kuala Kemaman tu 2 ekor ni baru RM28..tapi memang puas ati makan..segar dan besar. Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan udang kara ni boleh la tukar pada ketam atau udang galah..yang penting ikut je cara nak masak sos buttermilk tu. Selamat mencuba..












Friday, 25 August 2017

Apa Kena Mengena Cik Min dengan Min'z Sambal Hitam Pahang tu??

Eh..sape Cik Min ni? Apa kaitan Cik Min dengan Min'z Sambal Hitam Pahang tu? Muahaha..ok sebenarnya Cik Min ni la pengasas untuk Min'z Sambal Hitam Pahang. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar Min'z Sambal Hitam Pahang tu boleh la tengok-tengok Youtube yang aku sertakan ni..ekeke..(maafkan aku yang kelihatan sangat montel ketika itu..wakaka)


Aku baru je menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni. Sebelum ni aku sepenuh masa bekerja (eh sekarang pun sepenuh masa bekerja juga..haha) Camne mula terlibat? Kenapa Sambal Hitam Pahang? hahaha..aku pun dah lupa macam mana aku terlibat..eh tak la..idea ni mula datang ketika aku bekerja dengan 1 company cina ni. Masa tu aku cam stress gila dah rasanya bekerja makan gaji..dah berbelas tahun bekerja makan gaji (kononnya laaa masa tu..) dulu keje tak tentu masa..selalu keluar outstation. Kalau tak keluar outstation pun stress dengan bos hahaha.. last aku bekerja ketika itu dengan sebuah fashion group company (banyak jenama terkenal and high-end). Ntah macam mana 1 hari dek kerana stress dengan perangai boss yang tak matang (aku report direct pada director) ketika itu aku terpikir nak buat bisnes sendiri..jadi setelah berbincang dengan suami, aku pilih untuk buat sambal hitam pahang memandangkan aku memang anak jati Pahang dan asal dari daerah Raub.

Bukan senang nak senang..macam tu jugak aku. Untuk perkenalkan jenama sendiri ni memang aku usaha keras siang malam pagi petang. Semua jenis kelas marketing atau seminar-seminar keusahawanan semua aku join. Semua badan-badan kerajaan yang menolong usahawan muda macam MARDI, FAMA, MARA semua aku redah dan join. Alhamdulillah sikit-sikit orang dah mula kenal walaupun tak pemes macam orang lain. Masa tu aku tak pernah kenal makna penat lelah..MAHA, Mood Republik, Perhimpunan Agong UMNO..pendek kata di mana ada event semua aku terjah. Kemudian Alhamdulillah aku mula menerima jemputan untuk menghiasi majalah seperti Majalah Mingguan Wanita dan Majalah Keluarga dan kemudian mendapat jemputan untuk ruangan usahawan di Nine 11 BNC Channel 502.


Aku Dalam Majalah Keluarga

Mingguan Wanita

Produk aku dalam Majalah Keluarga

Event anjuran Mardi di Hartamas Shopping Centre


Ni killer produk aku..Sambal Hitam Ikan Talang


Gambar kenangan dengan pengacara Nine 11



haha..tengah ready untuk live




Tapi Allah uji aku disaat aku mula bertatih untuk berjaya..aku tiba-tiba kena slipped disc. Ikut sejarah memang pada umur 14 tahun aku ada jatuh terduduk jadi seiring dengan peningkatan usia dan berat badan ditambah dengan aku yang sering bekerja keras dengan mengangkat barang-barang berat maka terjadilah slipped disc ni. Hanya Tuhan yang tau camne teruknya perasaan down aku ketika itu. Bayangkan sebulan setengah aku terbaring macam orang lumpuh..bergerak sikit pun meraung-raung. Nak ke tandas ke apa ke memang meraung la. Makan pun kena bersuap atau pun makan boleh dalam keadaan baring je. Kemudian abang aku yang tinggal di Jerantut ambil aku untuk berubat..kesian jugak aku tengok suami dan keluarga aku masa tu. Berkat berubat akhirnya aku boleh la berjalan..tapi sampai sekarang aku masih terus berubat sebab sampai sekarang keadaan aku belum pulih sepenuhnya dan sampai sekarang aku masih lagi solat dalam keadaan duduk.



Oleh kerana keadaan aku tak mengizinkan maka buat masa sekarang perniagaan agak perlahan dan aku hentikan seketika walau saban hari mendapat permintaan dan permintaan memang agak tinggi terutama menu istimewa aku iaitu Sambal Hitam Ikan Talang. Insyallah dalam masa terdekat akan aku bangunkan semula jenama Min'z Sambal Hitam Pahang ni dengan bantuan suami. Jadi apa aku buat sekarang? Alhamdulillah..rezeki tak pernah salah alamat..sekarang aku kembali bekerja dengan tawaran jawatan lebih dari jawatan yang aku sandang sebelum ini. Tapi sikit-sikit aku bangkit..yang penting aku pulihkan kesihatan dan semangat aku ini dulu. Doakan aku ye kawan-kawan.

Blog Min'z Sambal Hitam Pahang aku masih ada cuma aku lebih tumpukan pada blog ini sekarang..maklum la tengah kumpul kembali kekuatan dan idea untuk hidupkan blog Mi'z Sambal Hitam Pahang tu..untuk blog tu korang boleh klik kat sini MIN'Z SAMBAL HITAM PAHANG
Mohon sape-sape yang sudi like juga page Mi'z Sambal Hitam Pahang tu (KLIK JE LINK NI) FB PAGE MIN'Z SAMBAL HITAM PAHANG dan follow la IG aku di MIN'Z SAMBAL HITAM PAHANG

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...