Monday, 14 August 2017

Pulihkan kulit muka dengan Innisfree

Ok hari ni aku nak share sikit pasal produk Innisfree. Sape tau produk ni? Produk ni dari korea sebenarnya..ala..yang dutanya si Lee Min Ho crush aku suatu masa dulu wakakakakak..


Innisfree ni lebih spesifik berasal dari pulau Jeju. Pulau Jeju adalah sebuah pulau kecil yang masih terpelihara dan asli di pantai selatan Korea Selatan. Pulau ini terkenal dengan udaranya yang segar, matahari yang hangat, dan airnya yang jernih. Produk-produk innisfree dibuat dari bahan-bahan semulajadi Pulau Jeju seperti teh hijau dan bunga kamelia. Ok aku tak nak cerita sangat lebih-lebih nanti korang gi je google innisfree sure jumpa. Yang aku nak share arini tentang produk innisfree yang aku beli dan cuba. 

Alkisah muka aku sejak sakit haritu memang naik jerawat gila-gila. Aku sampai tahap dah frust dah nak try produk. Sampai 1 hari anak sedare aku suggestkan aku pakai Innisfree..dia cakap ramai yang kata ok. So aku search la Innsifree untuk kulit yang bermasalah dan aku tengok rata-rata bagi feedback yang baik tambahan pulak dia menggunakan bahan semulajadi so tak adalah bahan-bahan terlarang macam kebanyakan kosmetik kita ni. Dipendekkan cerita aku gi terus ke outlet Innsifree yang kat sogo. Perghh..memang rambang mata la..bila aku bagitau yang aku punya problem kulit terus diaorang suggestkan aku guna 'bija trouble skin'. Harga agak ok jugak sebab aku grab bija trouble facial foam (pencuci muka) 150ml - RM35, bija trouble skin (toner) 200ml - RM67 dan aku amik 1 capsule recipe pack (sleeping mask) 10ml - RM10..muahaha lepas tu aku dapat free 1 freegift best cleansing foam collection (ada 3 jenis pencuci muka dalam tu)


Oh ye lagi satu aku beli No-Sebum blur primer..ok yang ni memang best gile. Pakai sebelum pakai foundation..seriously memang muka tak berminyak. Secara keseluruhan..aku suka dan jatuh cinta dengan produk ni. Memang rasa muka sedikit bersih dan jerawat mula mengecut. So sape2 yang nak lari dari produk kosmetik tempatan yang banyak bahan terlarang tu aku memang suggest guna la produk ni.
Toner ni 200ml..memang berbaloi la..ntah berapa bulan baru habis..ekekeke..
Pencuci muka tu pun memang boleh pakai lama la..yang capsule recipe pack (sleeping mask) tu katanya boleh pakai dalam 3 kali tapi aku dah pakai 3 kali still banyak lagi. Dah buka jangan lupa simpan dalam peti sejuk.




2 comments:

  1. Hi min slm kenal...ternampak kt sunway velocity kedai dia besar jual produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Juju..ek? ada kat Sunway Velocity? okok nnt nak terjah ahahahaha..

      Delete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...