Sunday, 27 August 2017

Resipi Udang Kara With Buttermilk Sauce

Aritu kan aku sakan ber 'family day' di The Legend Resort Cherating dengan rakan-rakan bloggers KBBA9. Aku kan ada cerita aku berkesempatan untuk memborong makanan laut dekat Pasar Kuala Kemaman..so aritu aku beli la udang kara (beli 2 ekor je sebab memang makan berdua je kannn)..weekend baru ni baru berkesempatan nak masak. Puas gak pikir nak masak apa last-last aku decide nak masak dengan Buttermilk Sauce la..



Hehe..nah aku sharekan resipi buttermilk sos aku. Ni cara aku la..kalau korang ada cara yang paling best..ikut la resipi korang..ekekeke..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sos buttermilk ni senang je :
  • Butter (guna lebih kurang 1/4 je)
  • Susu cair (setengah tin)
  • Bawang putih yang dicincang halus (3 ulas dah cukup)
  • Daun kari (aku guna lebih kurang 2 tangkai)
  • Cili padi yang dipotong halus (mengikut selera)
  • sedikit tepung jagung sebagai pemekat sos (aku guna sesudu kecil) dan terus kacau dalam susu cair yang dah dituang dalam mangkuk.
Bahan untuk hiasan pula :
  • Brokoli
  • Carrot



Cara-cara memasak :


  • Mula-mula rebuskan (nak kukus pun boleh tapi sebab aku suka guna air rebusan udang tu untuk merebus bahan lain jadi aku pilih untuk rebus la) udang kara yang dah korang bersihkan
  • kemudian ketepikan, air rebusan udang tu jangan buang sebab rebus pula brokoli dan carrot supaya masa makan sayuran tu terasa manis air rebusan udang. Kemudian ketepikan juga brokoli dan carrot yang siap direbus

Ni rupanya udang kara yang dah siap direbus, ketepikan dalam pinggan ye
Selesai je rebus merebus tu..
  • Panaskan periuk/kuali
  • Masukkan butter dan cairkan
  • Kemudian masukkan bawang putih, daun kari dan cili api..tumis sebentar
  • Masukkan susu cair dan tepung jagung
  • masukkan sedikit garam dan gula
  • kacau sehingga pekat. Tutup api dan sedia dihidang (tuangkan aje sos atas udang kara yang sudah direbus tadi)
Cairkan butter dalam periuk yang dipanaskan

Tumiskan bawang putih, daun kari dan cili

Masukkan susu cair yang sudah dibancuh dengan dengan jagung dan kacau hingga pekat


Senang sangat kan nak masak ni? Dah la senang sedap pulak tu. Aku dan suami makan puas hati sungguh..dengan isi udang kara yang segar, pejal dan gemuk tu..hehe..




tengok je la isi udang kara ni..memang segar sangat


Licin daaa..kepala tu beria-ria aku dan suami korek..cari otak..perghhh memang sedap sangat-sangat

Agak susah sikit nak dapatkan udang kara ni. Kalau ada pun kat KL ni mahal la sikit. Kat Kuala Kemaman tu 2 ekor ni baru RM28..tapi memang puas ati makan..segar dan besar. Kalau korang rasa susah sangat nak dapatkan udang kara ni boleh la tukar pada ketam atau udang galah..yang penting ikut je cara nak masak sos buttermilk tu. Selamat mencuba..












9 comments:

  1. alamak... sedap nih.. tapi udang apa pun boleh kan....nnt nak buat laa

    ReplyDelete
  2. woww.. sekarang dapur kena sita sebab tengah proses nak pindah, pasni kalu dapur dah leh operasi nak try laa hihihi tq sharinggg

    ReplyDelete
  3. Perghhh sedapnya. Kita tak pernah makan udang kara, nanti nak cubalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la..jom gi Kuala Kemaman lagi beli udang kara murah hahaha

      Delete
  4. Sedapnya kak min , meleleh ailioo

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Sedapnya.. Terliur teruk dah ni

    ReplyDelete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...