Seriously comel gile anak-anak penyu ni. Tapi nak pegang kena ada caranya..tak boleh ditekan bahagian bawah perutnya sebab bawah perut dia memang terlalu lembut. Pegang mestilah dengan lembut dibahagian kiri dan kanan cam gambar yang aku snap ni.
Muka hepi giler sebab dapat peluang untuk lepaskan baby turtle.. |
Penerangan yang telah diberikan oleh Encik Azraef sebelum anak penyu dilepaskan |
Ni sebenarnya adalah antara aktiviti yang disediakan oleh pihak The Legend Resort Cherating. Korang boleh melawat laman web diaorang www.legendresort.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut. Untuk aktiviti ni sebenarnya cuma RM20 untuk seekor anak penyu yang ingin dilepaskan.
Sebelum aktiviti melepaskan anak penyu ni sebenarnya kami telah dibawa melawat ke Santuari Penyu Cherating. Kat situ segala maklumat tentang penyu disediakan malah korang berpeluang untuk melihat anak2 penyu secara live tau..
Kalau korang datang ke Cherating ni jangan lupa untuk berkunjung ke Sanctuari Penyu ni..Aku bersyukur sangat2 dan berterima kasih pada pihak The Legend Resort Cherating dan opkos tak lupa pada big boss Ben Ashaari benashaari.com sebab memberi peluang dan ruang untuk aku dan suami menyertai Family Day KBBA9..Maju lah KBBA9 untuk negara..eh..eh..hahaha..
Rindu my Lucy.. semoga dia selamat berenang di lautan bebas.. chewahh..Anyway.. memang seronok sangat aktiviti lepaskan anak penyu ni..
ReplyDeletesyioknye pegi cheratinggg
ReplyDeleteAktiviti paling best, pastu rasa sedih pun ada masa nak lepaskan anak penyu tu. Harap mereka boleh survive di laut.
ReplyDelete