Monday 25 September 2017

Kacang Kuda With Curry Flavour

Muahaha..tajuk cam tak leh blah je kan? omputih gitewwwwww..hahaha..
Padahal nak cte kacang kuda masak kari je pun..muahaha..peberet encik suami. Sekarang tiap-tiap minggu pulak dia suruh buat. Sanggup malam-malam redah umah orang mintak daun kari sebab nak gak suruh masak kacang kuda ni. Senang sangat nak buatnye u all..ramai mintak resipi so aku update je entri blog and share ngan semua..senang..

Bahan-bahan :

  • Kacang kuda (rendam semalaman)
  • 2 sudu besar serbuk kari (guna je apa2 jenis tak kira yang ikan atau daging) bancuhkan dengan sedikit air
  • sedikit garam
  • daun kari (ni paling penting kena ada, guna pulak ikut citarasa korang. Cam aku suka letak banyak sikit)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara masak :

  • Rebus kacang kuda sehingga betul-betul empuk 
  • Toskan dan asing kacang kuda yang direbus & ketepikan
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumiskan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air sehingga pecah minyak
  • Masukkan daun kari & garam
  • Masukkan kacang kuda
  • Masak sehingga betul2 kering
  • Sedia untuk dihidang








4 comments:

  1. Wahh macam sedap. Sesuai makan dgn apa ni?

    Jemput baca entry kita 😊
    https://fleurshoppe.blogspot.my/2017/09/berita-tergempar-untuk-wanita.html?m=1

    ReplyDelete
  2. sy suka mkn kacang kuda. selalu beli siap j.ni boleh la buat sendiri makan puas2

    ReplyDelete
  3. Nak beli kacang kuda biasanya kat mana ye? lynda jarang pegi pasar. Kena cari lah ni kat bahagian kering supermarket kan

    ReplyDelete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...