Tuesday 19 September 2017

Ted Bundy Si Tampan Berhati Kering

Dilahirkan sebagai Theodore Robert Cowell pada 24 Nov 1946 di Burlington, Vermont. Lahir sebagai anak luar nikah oleh ibunya yang bernama Eleanor Louise Cowell (1924-2012). Kerana malu melahirkan anak luar nikah, Theodore (Ted) telah diasuh oleh ibu bapa Eleanor sebagai anak sendiri malah menyorokkan identiti sebenar Ted sebagai anak kandung Eleanor malah Eleanor dikenali sebagai kakak Ted.

Pada 1951, Eleanor telah mengahwini Johnnie Bundy dan membawa Ted bersama pindah ke Tacoma Washington. Sejak itu Ted menggunakan nama bapa tirinya sebagai nama keluarga yang kemudiannya dikenali sebagai Ted Bundy. Ted Bundy seawal umur 3 tahun dikatakan gemar bermain pisau. meningkat usia remaja Ted semakin nakal dan terlibat dengan kes kecurian. Membesar sebagai seorang yang tampan dan cerdik menjadikan Ted seorang yang popular dikalangan wanita.

Ted Bundy telah menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi pada tahun 1972 di Universiti Washington. Ted dikhabarkan mula membunuh sejak putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Stephanie Brooks pada tahun 1974. Namun sehingga kini tiada siapa yang tahu sejak bila dia benar-benar membunuh kerana Ted sering mengubah-ubah ceritanya. Ted telah memberitahu Nelson bahawa dia telah melakukan penculikan pertamanya pada tahun 1969 di Ocean City, New Jersey tapi tidak pernah membunuh sehinggalah pada tahun 1971. Manakala kepada Psikologist yang bernama Norman Ted telah mengisahkan kononnya dia telah membunuh 2 wanita di Atlantic City pada tahun 1969 ketika melawat keluarganya di Philadelphia.

Kisah Ted Bundy ni terlalu panjang sebenarnya jadi aku cuba ringkaskan. Ted ni sebenarnya putus cinta dengan girlfriend pertamanya yang dia sangat-sangat gilakan pada tahun 1968. Tapi kemudiannya ketika Ted menjadi seorang yang berjaya Ted dikatakan telah bertemu dan menjalinkan semula hubungan dengan Stephanie yang kemudian dia tinggalkan sebagai tanda membalas dendam pada tahun 1974. Pada tengah malam 4 Jan 1974 selepas putuskan hubungan dengan Stephanie Ted telah menceroboh masuk ke bilik Karen Spark ketika itu berusia 18 tahun (seorang pelajar University Washington). Karen yang ketika itu sedang tidur telah dipukul berulangkali hingga tidak sedarkan diri dan kemudiannya telah dirogol. Akibat kejadian itu Karen tidak sedarkan diri selama 10 hari, dia kemudiannya disahkan cacat seumur hidup. Sejak itu kejahatannya berleluasa. Pada tahun 1975 dia telah ditangkap selepas salah seorang mangsanya berjaya melarikan diri dan telah membuat laporan polis. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

2 tahun kemudian dia berjaya melarikan diri namun telah ditangkap semula selepas 8 hari terlepas. Pada tahun yang sama dia sekali lagi melepaskan diri, kali ini polis hanya menyedari kehilangannya selepas 15 jam dia melarikan diri. Dia kemudiannya telah pergi ke Tallahase, Florida. Menggunakan pelbagai nama seperti Chris Hagen, Kenneth Misher, Officer Roseland, Richard Burton dan Rolf Miller dia berjaya melepaskan diri lebih kurang setahun. Pada 14 Jan 1978, setan berwajah tampan ini telah memecah masuk ke Chi Omega Sorority House, Florida State University dan telah menyerang 4 orang pelajar perempuan dan 2 daripadanya meninggal dunia. Polis menggiatkan pencarian mereka. Pada 8 Feb tahun yang sama Ted telah menculik dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun bernama Kimberly Leach. Dia kemudiannya berjaya ditangkap beberapa hari kemudian. Dia telah dijatuhkan hukuman mati menggunakan kerusi elektrik pada 24 Jan 1989 ketika berusia 43 tahun.

Sepanjang perbicaraannya Ted langsung tidak menunjukkan sebarang penyesalan malah dia dilihat sebagai orang yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Aku pernah menonton perbicaraannya di channel 732 beberapa tahun lepas..memang sakit hati. Dia mampu tersenyum dan berbangga dengan pembunuhan yang dia lakukan. Malah digambarkan oleh seorang penulis yang bernama Ann Rule  "The most cold-hearted son of bitch you'll ever meet".

Dia mengakui telah melakukan lebih daripada 30 pembunuhan namun menurut pakar anggaran pembunuhan yang dilakukan Ted menghampiri 100 kes. Kisah Ted ni terlalu panjang dan terlalu kejam. Aku tak nak detailkan kekejaman yang dia lakukan sebab terlalu kejam..nanti tak pasal-pasal blog aku ni jadi blog 18 SG haha.. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh google and search je nama mamat tak guna ni. Moral of the story..tak yah la kejar sangat mamat muka hensem..hahaha..



Ni ada video tentang Ted Bundy aku share ngan korang


4 comments:

  1. tak hensem pun.. haha.. tp kalau zaman dia, hensem la kot kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hensem..kena cari banyak artikel pasal dia..dan tengok video..haha..

      Delete
  2. euwww! muka hensem hati cetannyaaaaaa...

    ReplyDelete
  3. Moral of the story tu x tahan.. nasib Kj i x setan.. hahahahah

    ReplyDelete

Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...