Aku penggemar cheese..sangat-sangat..Kat bawah opis aku ni ada Hokkaido Baked Cheese Tart. Memang selalu gak la mengunjunginya..hahaha..biasa aku try yang biasa, chocolate & durian. Tapi ni tergerak hati nak cuba yang Matcha Azuki..green tea tapi dalam dia ada ini kacang. "Azuki" tu maksudnya kacang merah dalam bahasa Jepun.
Rasanya..cam biasa la kan..makan panas-panas..cheese meleleh keluar..ada pulak kacang merah dalam tu..perghhh..jangan kata mertua..boss lalu belakang pun memang tak nampak la sebab asyik menikmati rasa cheese yang melimpah ni. Haishhh..memang sedap pulak-pulak ada green tea panas-panas depan mata dihidangkan. Ye la..lawan manis mesti lah tawar..Matcha Azuki Cheese Tart ni yang menariknya ialah tidak terlalu manis..yang sedang-sedang saja..yang penting dia setia..lalalala..eh..ternyanyi dangdut si Iwan plak.
Tapi kannn..aku nak buat pengakuan jujur kat korang..sebenarnya aku dah makan ni 3 minggu lepas tapi baru hari ni aku update blog pasal Matcha Azuki Cheese tart dari Hokkaido Baked Cheese Tart..wakakaka..
Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Hokkaido Baked Cheese Tart ni gi je kat laman web diaorang ye Hokkaido Baked Cheese Tart
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah
Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...
-
Jumaat lepas aku berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pengusaha Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) Puan Azrina dan suami di gelanggang futsal Pa...
-
Aritu kan aku sakan ber 'family day' di The Legend Resort Cherating dengan rakan-rakan bloggers KBBA9. Aku kan ada cerita aku berkes...
-
Dilahirkan pada 25 July 1959. Anak bongsu dari 2 beradik yang kematian ibu ketika berusia 4 tahun. Kemudiannya dijaga sementara oleh nenek d...
okee yang ni tak try lagii
ReplyDelete