Tuesday, 22 August 2017

KBBA9 serbu The Legend Resort Cherating

18hb - 20hb Ogos 2017 menjadi tarikh yang memang aku akan kenang selamanya..muahaha..sebab tarikh tu tarikh keramat aku yang utk pertama kalinya join Family Day KBBA9 yang ditaja oleh The Legend Resort Cherating..perghhh cengginiii 👍👍👍 bestnya.



 Selain dari menikmati pemandangan indah, berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain aku juga mengambil kesempatan ini untuk berbulan madu..ekekeke..alahaiii memang rasa cam pengantin baru la weiiii..hahaha..tambahan pula dengan tentative yang superb dari pihak The Legend Resort Cherating sendiri yang diaturkan oleh Encik Meor Amran selaku Director of Sales.



Aku & suami sampai ke The Legend Resort Cherating tepat pukul 3 petang. Sampai je kat sana kami dilayan mesra oleh pihak The Legend dan Encik Meor Amran sendiri yang menyambut kedatangan kami. Terkejut jugak aku dengan layanan mesra yang siap dengan hidangan mee goreng dan tauhu sumbat..Allahuakbar baiknya diaorang. Jadi sebelum ke bilik kami menjamu selera sambil beramah mesra dengan rakan2 blogger lain juga Encik Meor Amran sendiri. 





 Ni la Encik Meor Amran..Director of Sales The Legend Resort Cherating (kiri) yang belah kanan tu takkan la tak kenal kotttt..blogger hot Malaya Ben Ashaari..ekeke

 Kak Long kawasan (opss..haha), Encik Meor Amran & aku bergambar kenang-kenangan

Yang hensem tu cik abe i la..muahaha..(nak gakkk gambar ngan Encik Meor) wakaka..


Borak punya borak dalam dekat pukul 5 ptg jugak la kot baru ke bilik rehat & solat kejap lps tu terus tukar 'uniform' gi terjun swimming pool ekekeke..siap mandi terus siap2 dinner plak..alahaiiii memang sedap2 la food diaorg hidangkan..siap2 makan plak terus naik bas pergi ke Hafiz Firefly Tour..ni memang gempak siottt..best gile dengar En Hafiz bagi penerangan tentang kelip-kelip..(akan cerita lanjut pada entri akan datang..maklum la nak cte pasal seronok kat sini rasanya korang kena bertabah dengan entri aku yang akan wujud part by part hahaha).
Habis tour terus balik The Legend Resort Cherating untuk sesi briefing oleh Encik Meor Amran dan boss Ben Ashaari..sesi briefing tu terus sekali dengan sesi suai kenal para bloggers..hahaha tu part paling best dan jangan tak tau ada 'kak long kawasan' yang buli bloggers baru tau! Hahahha (ampunnnn kak long)..meleret gak la sesi tu sampai pu


kul 1 lebih hahaha..balik terus tdo je sebab esoknya banyak lagi aktiviti menarik (tu pun aku sambung entri kemudian). Cuma entri kali ni aku nak bagitau korang kalau ada team building ke, seminar ke waima nak bercuti dengan family meh la datang The Legend Resort Cherating ni. Memang berbaloi-baloi sangat. Antara aktiviti yang diaorang sediakan ialah :-
  • telematch
  • water polo
  • rabbit feeding
  • batik painting
  • mangrove river cruise
  • release baby turtle
  • fireflies tour
  • turtle watching
  • visit turtle sanctuary
Macam-macam lagi sebenarnya tu nanti aku cerita lanjut. Tapi serious tak menyesal langsung kalau korang datang sini..cam aku sampai sekarang tak boleh nak move on hahaha..


Penerangan dari En Hafiz dari https://www.facebook.com/Hafizs-Cherating-Activities-284449151601476/ (boleh contact 017-9789256) untuk sebarang pertanyaan & tempahan


Release baby turtle

Aku akan cerita lebih lanjut tentang The Legend Resort Cherating dalam entri akan datang. Tapi sementara tu sape-sape nak riki dulu boleh la melawat ke laman web The Legend Resort Cherating http://www.legendresort.com.my/

Inginkan kelainan dalam mencuci pakaian?? Jom guna Zing+

Eh..eh..I is jakun la sekejap u olsss.. ye la..selama idup ni selalu kalo nak basuh baju mesti guna sabun serbuk la..pencuci yg liquid la..ni 1st time tau jumpe pencuci bentuk film..ha..korang pun jakun kan?kan?kan? baik ngaku..wakakaka..

Betul u olss..i tak tipu.. ni ha ghopenyeeee..namanya DETERGENT FILM ZING+


Detergent unik ni sebenarnya adalah gabungan serbuk pencuci, pelembut pakaian & disinfectant yang diproses menjadi detergent film dengan teknologi Jerman. Unikkan? Dah la dari bahan organik jadi sangat selamat dan sesuai untuk cucian seisi keluarga. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan..produk ni sangat sesuai untuk anda..maklumla, skin friendly gitewww produk ni tau sebab produk ni PH Neutral dan sangat lembut pada kulit & juga pakaian.


Camne nak gunanya ek? camne rupanya ek?..ok cam gambar ni..sekeping-sekeping bentuknya dan cuma perlukan sekeping sudah memadai bagi cucian 3kg ke bawah..jimat kan?..


Bagi yang berminat untuk mencuba boleh lah hubungi Cik Ros di talian 012-2350657 atau terus je pergi ke laman web mereka www.zingaplus.com dan juga Facebook mereka https://www.facebook.com/zingplusmalaysia





Monday, 21 August 2017

Jangan Tinggalkan Rumah Tanpa COSMODERM..

Huarghhhhh..malasnya nak mula bekerja selepas bercuti di  The Legend Resort Cherating www.legendresort.com.my..muahaha..masih terbayang2 keindahan Cherating dan masih dihantui oleh keseronokkan melakukan aktiviti bersama rakan-rakan bloggers dari Kelab Blogger Ben Ashaari..KBBA9 team memang terbaeekkk..

Selama 3 hari 2 malam kat sana hidup aku ditemani Cosmoderm..seriously weih korang..Cosmoderm lah penyelamat bagi kulit aku. Mana taknya..kat sana kan panas..panas laut memang buatkan kulit cepat terbakar. Mujur ada BB Cream Cosmoderm dengan SPF 35 PA+++..apa yang menariknya ialah BB Cream ni dengan Tea Tree Oil tau..siap boleh kawal minyak berlebihan lagi. Aku pulak memang jenis kulit berminyak. Tapi pakai ni memang kulit tak berminyak langsung sepanjang hari..

Gambar ni ihsan dari Abang Nan kte yang baik hati..leh follow dia kat alampauh.blogspot.my

Bukan tu je..aku sebenarnya paling jatuh cinta dengan Vitamin E Cream. Ok ni jujur aku cerita pengalaman aku pakai Vitamin E Cream Cosmoderm ni..kulit aku sejak aku jatuh sakit aritu memang naik jerawat teruk sebab memang tak berjaga pun kulit muka. Jadi banyak la parut yang muncul. Tapi bila aku sapukan Vitamin E Cream ni kat muka..memang nampak sangat parut aku mulai pudar dan yang paling best memang tak berminyak. Cam aku bagitau awal tadi kulit aku memang jenis berminyak so aku memang memilih sikit krim2 yang nak disapukan dimuka sebab takut nanti muka nampak berkilat je tapi Alhamdulillah Vitamin E Cream Cosmoderm memang tak berminyak langsung dah la tekstur dia halus dan ringan. Sepanjang aku kat The Legend Resort Cherating aku memang siang malam pagi petang tak kira la pukul berapa pun sebelum keluar bilik aku akan pastikan aku pakai Vitamin E Cream lepas tu aku sapukan BB Cream..tak lupa Magic Body Lotion.

Tiap kali mandi plak aku tak ketinggalan menggunakan Tea Tree Oil Shower Gel Cosmoderm ni..perghhh yang ni memang best. Nape best?? Sebab dia memang pekat so letak sikit je pun buih memang boleh buat mandi buih la..hahaha..best..tak tipu. Siap mandi sapu pulak Magic Body Lotion. Apa yang istimewa sangat shower gel ni?? Haaa..ni nak cte..best sebab dia anti body acne..means sape2 yang ada masalah jerawat badan tu memang sesuai sangat la guna ni. Selain tu shower gel ni

  • Anti Body Odour
  • Paraben,SLS,SLES Free
  • Hypo Allergenic

Dannnnnn..yang penting halal chuolsss!! Ekekeke..sepanjang di The Legend Resort Cherating aku dibekalkan dengan set yang menawan cam gambar ni..




malam sebelum tidur plak aku akan sapukan Advance Moisture Therapy Cream (Krim Pelembap Terapi) khas untuk tangan kering & tumit merekah..barulah kulit terasa lembut dan mulus..
Untuk keterengan lebih lanjut korang boleh terus ke www.cosmoderm.com.my atau https://www.facebook.com/cosmoderm/. dan juga https://www.instagram.com/cosmoderm/.





Monday, 14 August 2017

Pulihkan kulit muka dengan Innisfree

Ok hari ni aku nak share sikit pasal produk Innisfree. Sape tau produk ni? Produk ni dari korea sebenarnya..ala..yang dutanya si Lee Min Ho crush aku suatu masa dulu wakakakakak..


Innisfree ni lebih spesifik berasal dari pulau Jeju. Pulau Jeju adalah sebuah pulau kecil yang masih terpelihara dan asli di pantai selatan Korea Selatan. Pulau ini terkenal dengan udaranya yang segar, matahari yang hangat, dan airnya yang jernih. Produk-produk innisfree dibuat dari bahan-bahan semulajadi Pulau Jeju seperti teh hijau dan bunga kamelia. Ok aku tak nak cerita sangat lebih-lebih nanti korang gi je google innisfree sure jumpa. Yang aku nak share arini tentang produk innisfree yang aku beli dan cuba. 

Alkisah muka aku sejak sakit haritu memang naik jerawat gila-gila. Aku sampai tahap dah frust dah nak try produk. Sampai 1 hari anak sedare aku suggestkan aku pakai Innisfree..dia cakap ramai yang kata ok. So aku search la Innsifree untuk kulit yang bermasalah dan aku tengok rata-rata bagi feedback yang baik tambahan pulak dia menggunakan bahan semulajadi so tak adalah bahan-bahan terlarang macam kebanyakan kosmetik kita ni. Dipendekkan cerita aku gi terus ke outlet Innsifree yang kat sogo. Perghh..memang rambang mata la..bila aku bagitau yang aku punya problem kulit terus diaorang suggestkan aku guna 'bija trouble skin'. Harga agak ok jugak sebab aku grab bija trouble facial foam (pencuci muka) 150ml - RM35, bija trouble skin (toner) 200ml - RM67 dan aku amik 1 capsule recipe pack (sleeping mask) 10ml - RM10..muahaha lepas tu aku dapat free 1 freegift best cleansing foam collection (ada 3 jenis pencuci muka dalam tu)


Oh ye lagi satu aku beli No-Sebum blur primer..ok yang ni memang best gile. Pakai sebelum pakai foundation..seriously memang muka tak berminyak. Secara keseluruhan..aku suka dan jatuh cinta dengan produk ni. Memang rasa muka sedikit bersih dan jerawat mula mengecut. So sape2 yang nak lari dari produk kosmetik tempatan yang banyak bahan terlarang tu aku memang suggest guna la produk ni.
Toner ni 200ml..memang berbaloi la..ntah berapa bulan baru habis..ekekeke..
Pencuci muka tu pun memang boleh pakai lama la..yang capsule recipe pack (sleeping mask) tu katanya boleh pakai dalam 3 kali tapi aku dah pakai 3 kali still banyak lagi. Dah buka jangan lupa simpan dalam peti sejuk.




Wednesday, 9 August 2017

Healthy Bergedil

Sejak2 sakit ni aku memang banyak la jaga pemakanan aku..tak de la strict sangat jaga tapi tak la macam dulu. Dulu aku bedal je semua yang ada depan mata muahaha..sudahnya badan aku macam tong drum. Sekarang seriously aku jaga la..bukan diet gila2 tapi aku biasa amik nasi seminggu sekali je. Hari2 lain aku just makan sayuran dan buah-buahan. So kena kreatif sikit la dalam menyediakan makanan tu supaya tak la bosan hari2 makan masakan yang sama.

Aku biasa pagi  minum nestum atau oat, kekadang makan jugak la koko krunch dengan susu. Tengah hari biasa aku memang amik sayuran je. Malam plak biasa aku buatlah masakan simple2 berasaskan sayur atau telur..depends gak la pada mood aku. Kadang2 kukus tofu. Tapi minuman manis aku memang skip dalam 90%. Aku biasa prefer minum green tea & mineral je. Ye laaa..tak guna kalo beria2 diet tapi amik benda manis. Gula tu la penyebab gemuk sebenarnya. Alhamdulillah la walaupun belum lagi dapat cutting cam zaman-zaman anak dara tapi berkat usaha turun gak la dalam 6kg berat aku ni.

Semalam aku memang dari pagi teringin sangat nak makan bergedil..so balik keje semalam terus gi dapur rebus kentang..muahaha..nak resipi ke? ok la aku share camne nak masak healthy bergedil cara aku ni. Tapi aku tak nak la tulis ikut sukatan bagai sebab aku sendiri masak tak ikut sukatan. Korang agak2 je la ye yang penting korang ikut step aku.

1st aku rebus kentang sampai empuk. Pastikan betul2 empuk tau. Semalam aku guna dua biji kentang saiz besar dan sederhana yang aku potong-potong supaya lebih senang empuk cam gambar ni


Sementara tunggu empuk tu, aku hiris cendawan shitake (hiris halus), carrot (hiris halus) dan daun sup. Tapi sori la aku lupa nak amik gambar cendawan shitake dan carrot yang aku hiris halus tu hahaha..aku sempat amik gambar daun sup je.


Ok..ni bab penting.. pastikan korang ada mince meat..ala..aku guna yang Ramly je. Korang panaskan kuali, masukkan sikit olive oil..pastu campak je mince meet tu dalam kuali..agak2 daging macam dah masak korang masukkan cendawan shitake tu. Akhir sekali masukkan carrot. Pastu ketepikan apa yang korang tumis tadi. 



Sekarang gi balik dekat kentang yang korang rebus tadi..tengok dah empuk korang lenyek2kan, masukkan sedikit garam dan masukkan mince meat yang korang masak dengan cendawan shitake n carrot tadi..gaul sebati dan masukkan daun sup. Buat cam dalam gambar yang aku tunjuk ni ek..


Bila dah sebati tu korang buat la adunan kentang korang tu bulat2..pastu korang pecahkan telur sebiji, kacau..panaskan kuali dengan minyak zaitun (dah namanya makanan sihat so aku prefer guna minyak zaitun la..letak sikit je jangan letak cam nak goreng cekodok plak..) Celupkan bebola kentang korang tadi dalam telur pastu terus masukkan dalam kuali..tadaaa..dah siap dan boleh dimakan terus. 


Ni budak2 suka la..letak sos sikit..dah jadi cam cekodok. Makan ni memang kenyang gila. Selamat mencuba ye u olsss..


Thursday, 3 August 2017

Jangan Hina Islam Atas Tiket POLIGAMI (PART 5)

Petikan ni aku amik dari Facebook. Kredit pada si penulis. Tapi ini kisahnya dan realitinya..bagi suami sila la jalankan tanggungjawab anda. Pada suami yang mengamalkan poligami..mohonlah untuk berlaku adil. Jangan nafikan hak setiap isteri. Indah dan manis mungkin ilusi duniawi semata..jangan hancurkan kehidupan insan lain..jangan hancurkan kehidupan insan yang mengharapkan kasih sayang dan didikan seorang suami kerana tempat isteri adalah disisi suami.


"AKU ISTERI YANG ........"

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu dengan seorang Ustaz Pegawai Agama Runding Cara di Jabatan Agama Islam untuk meminta nasihat bagi mengadu hal suaminya.

Ustaz: Apa yang boleh saya bantu puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada ustaz masalah suami saya.

Ustaz: Ye silakan, apa masalahnya itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya Ustaz. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan Ustaz. Makan minum saya tidak diendahkan Ustaz. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Ustaz tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, Ustaz boleh tersenyum mendengar aduannya.

Ustaz: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Ustaz: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Ustaz. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Ustaz. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Ustaz: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah Ustaz. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Ustaz: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah, Ustaz. Dia sudah lama meninggalkanku dalam derita dan sengsara ini.

Ustaz: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa Ustaz asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Ustaz: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Ustaz: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Ustaz: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Ustaz: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur umatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya Ustaz lebih tahu.

Ustaz: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Ustaz: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Ustaz. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Ustaz: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya ustaz? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Ustaz: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, Ustaz bertanya;

Ustaz: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Ustaz: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Ustaz: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Ustaz: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Ustaz tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa Ustaz menangis?

Ustaz: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh Ustaz.

والله اعلم بالصواب
ربي أجعلني زوجة و أم صالحة

Kuatnya seorang wanita itu..
Apabila tetap bersabar walau diuji,
Tetap berbelas walau dikeji,
Tetap tersenyum walau disakiti,
Tetap mengasihi walau dibenci,
Tetap mendoakan walaupun di khianati....


Wednesday, 2 August 2017

Jangan Hina Islam Atas Tiket POLIGAMI (PART 4)

Surah An-Nisa' : 19
"Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut" 

Menurut tafsiran Al-Hafiz Ibnu Katsir pada ayat tersebut diatas 'Yakni perindahkan ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perbaguskan perbuatana serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila ia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama'

Seorang isteri selayaknya dilayan dengan penuh kasih sayang namun hendaklah si suami tegas dalam setiap kelakuan. Maksudnya dalam memberi kasih sayang jangan pula terlebih sampaikan isteri mula pijak kepala dan berlakunya 'queen control'. Dalam hidup ni semuanya kena seimbang. Tapi kalau suami dari awal perkahwinan memang dah didik isteri dengan maki hamun jangan pula salahkan isteri bila isteri juga mula pandai maki hamun. Pada aku hidup ni simple sebenarnya..suami adalah cermin si isteri, setiap perbuatan isteri menggambarkan suaminya. Maka didiklah isteri dengan sebenar2 didikan..bukan macam kisah si B yang dari awal perkahwinan asyik maki hamun sampai keluar perkataan anjing,babi,sial,sundal dan sebagainya.

Berbalik pada kisah si A & si B pada 3 entri sebelum ni (ye la ni dah Part 4 kannn..). Si A pada asalnya seorang isteri yang menurut kata suami hinggakan ketika si suami meminta si A memakan pil perancang, si A yang memang inginkan seorang zuriat langsung tidak membantah..bertahun ditelannya pil perancang tersebut. Si A sikap asalnya adalah seorang yang periang, suka gelak ketawa, manja dan memang berjiwa sensitif. Beberapa tahun dia hidup dalam keadaan kemurungan dan sejak sering disakiti si A mula berubah..dia juga kini sudah mula memaki si B sebagaimana si B memaki beliau, dia kini sudah lupa cara untuk berjenaka dan ketawa ketika si B ada. Betul2 berubah sampaikan dia lebih selesa untuk berdiam tanpa bercakap sekiranya si B ada di sisi. Kini pada si A perkahwinan adalah satu bebanan dan perkara yang paling dia sesalkan dalam kehidupan. Bila di awal usia 3 bulan perkahwinan si B mula mengugut untuk menceraikan si A dan seringkali ugutan itu dibuat..si A benar2 patah hati dan dia sendiri mula pandai untuk meminta diceraikan sebab pada fikiran si A sebelum suaminya mengugut dengan kata2 cerai lebih baik dia yang minta. Tapi bila si A mintak cerai tau pulak si B marah dan kata si A nusyuz sedangkan dia sendiri yang ajar si A dalam perkara2 sedemikian.

Hurmm..inilah yang aku tegaskan jangan hina islam atas tiket poligami!! kesian pada isteri2 yang menderita. Perkahwinan bukan semata2 untuk melampiaskan nafsu..perkahwinan adalah 1 tanggungjawab!! Dalam Surah Al-Baqarah ayat 228 ada disebutkan "Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf" jadi aku tak paham dengan sikap sesetengah suami yang melayan isteri macam binatang. Kesian isteri korang..kesian mertua korang..susah payah besarkan anak dengan penuh kasih sayang bila dapat kat tangan korang camni layanan yang diterima..huh!

Bukan ke Rasulullah S.A.W bersabda "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri) nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri) ku"

Tolonglah..kalau tak suka sikap isteri tolonglah didik..tolonglah tegur dengan penuh kasih sayang. Jangan terus menerus membenci isteri. Kalau tak suka sila lepaskan bukan mendera hati & perasaan. Dalam Surah An-Nisa' ayat 19 juga ada Allah berfirman "Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabalh kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"

Tolonglah buka mata..isteri bukan boneka yang boleh diperlakukan apa saja. Menjadi seorang suami bukan bermaksud korang berhak menhancurkan kehidupan isteri...



Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...