Wednesday, 20 September 2017

Anatoly Yuriyovych Onoprienko pembunuh bersiri Ukraine

Dilahirkan pada 25 July 1959. Anak bongsu dari 2 beradik yang kematian ibu ketika berusia 4 tahun. Kemudiannya dijaga sementara oleh nenek dan mak ciknya sebelum dihantar ke rumah anak yatim di perkampungan Privitnee. Abangnya kekal berada dibawah jagaan bapanya yang menyebabkan Onoprienko menyalahkan bapanya seumur hidup.

Onoprienko adalah manusia kejam yang menjadi pembunuh bersiri di Ukraine sekitar tahun 1989 sehingga 1996 dengan membunuh 52 nyawa termasuk kanak-kanak. Kesemua pembunuhan bermotifkan rompakan. Berikut adalah pembunuhan yang dilakukan oleh setan bertopengkan manusia ini :-


  • Pada tahun 1989 si pembunuh bersiri ini telah membunuh 10 sekeluarga ketika merompak. Pada tahun yang sama 5 orang sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun telah mati ditembak ketika tidur didalam sebuah kereta sebelum mayat kesemua mangsa dibakar. Dia mendakwa pembunuhan ini tidak disengajakan kerana niat asalnya hanya ingin mencuri kereta.

  • 24 Dis 1995 keluarga Zaichenko seramai 4 orang telah dibunuh.

  • 2 Jan 1996 4 sekeluarga ditembak mati. Seorang pejalan kaki yang menyaksikan kejadian tersebut turut dibunuh.

  • 6 Jan 1996 si gila ini telah membunuh 3 orang mangsa berasingan yang sedang memandu. Onoprienko telah menahan kereta mangsa lalu menembak mati pemandu.

  • 17 Jan 1996 Keluarga Pilat seramai 5 orang ditembak mati dan dibakar di rumah mereka, saksi kejadian iaitu Kondzela yang berusia 27 tahun dan seorang pejalan kaki bernama Zakharko yang berusia 56 turut dibunuh kejam bagi menutupi perbuatan jahat beliau.

  • 30 Jan 1996 Marusina, 2 anaknya dan seorang tetamu berusia 32 tahun bernama Zagranichny telah ditembak mati di wilayah Kyivs'ka.

  • 19 Feb 1996 keluarga Dubchak terbunuh di rumah mereka di Olevsk, Zhytomyrs'ka. Menurut Onoprienko dia telah menembak mati ayah dan anak lelaki keluarga itu, memukul sehingga mati ibu menggunakan tukul dan meminta sejumlah wang daripada anak perempuan keluarga itu sebelum turut dibunuh.

  • 27 Feb 1996 - keluarga Bodnarchuk terbunuh di rumah mereka di Malina, wilayah L'vivs'ka. Menurut Onoprienko dia menembak mati ibu bapa, menetak anak-anak perempuan Bodnarchuk yang berusia 7 & 8 tahun hingga mati dengan kapak. Sejam kemudian dia telah menembak mati seorang jiran keluarga mangsa.

  • Pada mac 1996, empat sekeluarga daripada Novosad telah ditembak mati lalu dibakar rumah keluarga itu bagi menghilangkan bukti. Kejadian itu adalah yang terakhir berlaku sebelum Onoprienko ditangkap pada 16 April 1996 ketika berusia 36 tahun iaitu 7 tahun selepas melakukan pembunuhan pertamanya.
Onoprienko kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan meninggal dalam tahanan akibat kegagalan jantung di penjara Zhytomyr pada 27 Ogos 2013 pada usia 54 tahun. Aku berharap sangat tiada lagi manusia sejahat ini wujud dalam dunia. Hurmm..muka dia pun dah cukup mengerikan. Aku berdoa moga kita semua dijauhkan daripada bertemu dengan manusia seperti ini..Ya Allah..lindungilah kami...





Saudara Anjing..

Uiksss...cam kasar kan tajuk entri kali ni? Ok..rileks..don't judge first..sebenarnya ini ialah istilah bahasa melayu yang merujuk kepada adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa. Ye..betul..kalau tak percaya korang check la kat google.

Aku pun baru minggu lepas tahu tentang kewujudan istilah ni. Tu pun lepas berborak dengan suami tentang salasilah keluarga. Terkejut aku dengar suami kata 'ooo..itu namanya adik beradik anjing'..menyirap gak la darah mendengarnya..lepas tu suami terangkan bahawa itu adalah istilah bahasa melayu yang diguna pakai bagi merujuk kepada adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa. Adess..dah dekat nak masuk 4 series baru tau ada istilah ni. Tapi kannn..sape yang reka istilah tu? nape kasor benor bunyinye ek? hehehe..

Haaa..korang pun mesti baru dengar gak kan istilah ni? Ok la..atleast aku belajar 1 istilah melayu yang jarang-jarang orang tau kecuali orang-orang lama la kot ek?


Tuesday, 19 September 2017

Persatuan Sahabat Tahfiz Al Falah Raub

Kebelakangan ini ramai yang berbunyi tentang sekolah-sekolah tahfiz seluruh Malaysia. Pulak-pulak sejak berlakunya kejadian di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Khamis lepas. Sejak itu ramai yang buka mata tentang pusat tahfiz. Aku juga tak terkecuali.

Baru-baru ini masa berjumpa dengan kakak aku, dia ajak aku untuk join program tajaan pusat tahfiz. Dia kata 'jom la..join..murah je cuma RM10 je sebulan'..hurmm kan? cuma RM10 sebulan untuk kita sedekah ke jalan Allah. Kalau secawan coffee Starbuck yang berharga lebih RM10 kita mampu beli, kenapa sedekah RM10 sebulan kita tak mampu?..itu fikiran aku. Jadi aku pun join la group  wassap Penaja 2018 Sahabat Tahfiz. Dari situ aku mendapatkan kesahihan tentang kewujudan tentang penajaan RM10 sebulan untuk pusat tahfiz ni.

Persatuan ini berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Negeri Pahang. Ditubuhkan bagi membantu pihak Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam, Raub Pahang (sekolah ni dah lama giler..ada 2 orang kakak aku pernah belajar di sini sekitar lewat tahun 80-an kalau tak silap aku). Sekolah ini adalah sekolah menengah agama bukan sekolah tahfiz persendirian. Apa yang menarik pihak sekolah menambah nilai untuk pelajar dengan mengadakan program tahfiz melibatkan semua pelajar bermula jam 6.45 pagi hingga 8.00 pagi setiap hari. Seramai 15 guru pembimbing tahfiz yang mana 9 ditaja pihak PIBG, 1 ditaja sekolah dan 5 ditaja persatuan sahabat tahfiz Al Falah Raub. Oh ye program tahfiz ini melibatkan semua pelajar lelaki dan perempuan.

Dana ini akan digunakan bagi bayaran elaun untuk guru pembimbing tahfiz dan lain-lain program tahun 2018. Sasaran target penaja sebenarnya seramai 500 penaja. Macam aku yang jahil ni..tak banyak aku dapat membantu untuk ke jalan Allah..ni salah satu jalan yang aku cuba bantu. Aku tulis ni bukan niat nak menunjuk atau apa tapi aku nak bagi tahu tentang kewujudan program seperti ini. Moga dapat membantu walau tak banyak. Aku join group ni sebab aku orang Raub, bukan la aku bias tapi sebab aku kan asal dari sana jadi siapa lagi kalau bukan kita yang membantu. Jadi sape-sape yang orang Raub kalau-kalau nak membantu  boleh hubungi Ustaz Muhammad Zaki Bin Sulaiman di talian 013-9060218. kalau tak jelas tentang penerangan aku pun..boleh call ustaz Zaki. Ustaz ni penyabar sangat..semua pertanyaan walaupun ulangan dah 10 kali dia tetap jawab dengan penuh kesabaran..tapi aku pulak yang hilang sabar dengan soalan-soalan tu..hahaha..


Oh ye, nanti kalau dah daftar diaorang akan hantarkan kita mesej dan no sahabat..hehehe..cam yang aku ss ni.

Ni pulak kelas-kelas yang diaorang anjurkan tu










Ted Bundy Si Tampan Berhati Kering

Dilahirkan sebagai Theodore Robert Cowell pada 24 Nov 1946 di Burlington, Vermont. Lahir sebagai anak luar nikah oleh ibunya yang bernama Eleanor Louise Cowell (1924-2012). Kerana malu melahirkan anak luar nikah, Theodore (Ted) telah diasuh oleh ibu bapa Eleanor sebagai anak sendiri malah menyorokkan identiti sebenar Ted sebagai anak kandung Eleanor malah Eleanor dikenali sebagai kakak Ted.

Pada 1951, Eleanor telah mengahwini Johnnie Bundy dan membawa Ted bersama pindah ke Tacoma Washington. Sejak itu Ted menggunakan nama bapa tirinya sebagai nama keluarga yang kemudiannya dikenali sebagai Ted Bundy. Ted Bundy seawal umur 3 tahun dikatakan gemar bermain pisau. meningkat usia remaja Ted semakin nakal dan terlibat dengan kes kecurian. Membesar sebagai seorang yang tampan dan cerdik menjadikan Ted seorang yang popular dikalangan wanita.

Ted Bundy telah menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi pada tahun 1972 di Universiti Washington. Ted dikhabarkan mula membunuh sejak putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Stephanie Brooks pada tahun 1974. Namun sehingga kini tiada siapa yang tahu sejak bila dia benar-benar membunuh kerana Ted sering mengubah-ubah ceritanya. Ted telah memberitahu Nelson bahawa dia telah melakukan penculikan pertamanya pada tahun 1969 di Ocean City, New Jersey tapi tidak pernah membunuh sehinggalah pada tahun 1971. Manakala kepada Psikologist yang bernama Norman Ted telah mengisahkan kononnya dia telah membunuh 2 wanita di Atlantic City pada tahun 1969 ketika melawat keluarganya di Philadelphia.

Kisah Ted Bundy ni terlalu panjang sebenarnya jadi aku cuba ringkaskan. Ted ni sebenarnya putus cinta dengan girlfriend pertamanya yang dia sangat-sangat gilakan pada tahun 1968. Tapi kemudiannya ketika Ted menjadi seorang yang berjaya Ted dikatakan telah bertemu dan menjalinkan semula hubungan dengan Stephanie yang kemudian dia tinggalkan sebagai tanda membalas dendam pada tahun 1974. Pada tengah malam 4 Jan 1974 selepas putuskan hubungan dengan Stephanie Ted telah menceroboh masuk ke bilik Karen Spark ketika itu berusia 18 tahun (seorang pelajar University Washington). Karen yang ketika itu sedang tidur telah dipukul berulangkali hingga tidak sedarkan diri dan kemudiannya telah dirogol. Akibat kejadian itu Karen tidak sedarkan diri selama 10 hari, dia kemudiannya disahkan cacat seumur hidup. Sejak itu kejahatannya berleluasa. Pada tahun 1975 dia telah ditangkap selepas salah seorang mangsanya berjaya melarikan diri dan telah membuat laporan polis. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

2 tahun kemudian dia berjaya melarikan diri namun telah ditangkap semula selepas 8 hari terlepas. Pada tahun yang sama dia sekali lagi melepaskan diri, kali ini polis hanya menyedari kehilangannya selepas 15 jam dia melarikan diri. Dia kemudiannya telah pergi ke Tallahase, Florida. Menggunakan pelbagai nama seperti Chris Hagen, Kenneth Misher, Officer Roseland, Richard Burton dan Rolf Miller dia berjaya melepaskan diri lebih kurang setahun. Pada 14 Jan 1978, setan berwajah tampan ini telah memecah masuk ke Chi Omega Sorority House, Florida State University dan telah menyerang 4 orang pelajar perempuan dan 2 daripadanya meninggal dunia. Polis menggiatkan pencarian mereka. Pada 8 Feb tahun yang sama Ted telah menculik dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun bernama Kimberly Leach. Dia kemudiannya berjaya ditangkap beberapa hari kemudian. Dia telah dijatuhkan hukuman mati menggunakan kerusi elektrik pada 24 Jan 1989 ketika berusia 43 tahun.

Sepanjang perbicaraannya Ted langsung tidak menunjukkan sebarang penyesalan malah dia dilihat sebagai orang yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Aku pernah menonton perbicaraannya di channel 732 beberapa tahun lepas..memang sakit hati. Dia mampu tersenyum dan berbangga dengan pembunuhan yang dia lakukan. Malah digambarkan oleh seorang penulis yang bernama Ann Rule  "The most cold-hearted son of bitch you'll ever meet".

Dia mengakui telah melakukan lebih daripada 30 pembunuhan namun menurut pakar anggaran pembunuhan yang dilakukan Ted menghampiri 100 kes. Kisah Ted ni terlalu panjang dan terlalu kejam. Aku tak nak detailkan kekejaman yang dia lakukan sebab terlalu kejam..nanti tak pasal-pasal blog aku ni jadi blog 18 SG haha.. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh google and search je nama mamat tak guna ni. Moral of the story..tak yah la kejar sangat mamat muka hensem..hahaha..



Ni ada video tentang Ted Bundy aku share ngan korang


Sandwich Telur Roti Tesco..

Hahaha..tajuk tak leh blah kan? Tapi semalam balik keje gigih singgah Tesco Ampang nak beli roti ni je. Maklum laa..orang ajet-ajet nak diet memang gini. haha..sebenarnya nak share dengan korang yang sebenarnya kita tak perlukan pun bajet yang mahal-mahal untuk buat menu yang menarik dan sedap. Cam sandwich aku buat ni..kalau kat bakery dah berapa hengget dia caj kan??

Menu yang simple dan menarik ni biasanya anak-anak suka. Budak-budak memang suka kalau nampak makanan comel-comel. Mak-mak yang selalu buntu nak wat minum petang atau sarapan untuk anak-anak leh try buat sandwich ni..tau korang biasa buat tapi cuba tukar jenis roti pastu hias-hias sikit..budak mesti suka. Cam sandwich aku ni nampak ala-ala burger sikit..budak-budak pulak memang suka sangat makan burger..kali ni bagi diaorang makan healthy burger pulak..hahaha..

Nah..aku bagi resipi (walaupun dah tau korang memang dah pandai buat wakakaka..) Untuk 2 biji sandwich ni aku cuma guna sebiji telur je.

Bahan-bahan :

Wheat soft bun (aku beli yang Tesco je baru RM2.65, dalam tu ada 5 biji)
Telur rebus
mayonis
sedikit garam
salad (aku guna sehelai je koyak 2 utk 2 biji sandwich ni)
timun (hiris nipis)

Cara-cara :

Lenyekkan telur rebus dengan garfu
masukkan sikit garam
masukkan sesudu mayonis
gaul rata
belah 2 roti wheat bun yang beli kat tesco tu (hahaha) - tapi jangan belah kasi putus.
letakkan salad
letakkan hirisan timun
masukkan telur yang dilenyek bersama mayonis dan garam tadi.

Tadaaaa....dah siap..boleh makan. Nak sediakan pun x sampai berapa minit..





Monday, 18 September 2017

Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm

Lately ni aku mula jatuh cinta dengan semua produk Cosmoderm yang aku cuba. Sekarang paling buat aku jatuh cinta ialah dengan Vitamin E Cream 3,000 I.U with Rosehip Oil. Sungguh jatuh cinta. Aku pakai krim ni pagi dan malam sebelum tidur. Memang nampak perubahan kat muka aku. 

Sejak yang aku jatuh sakit awal tahun hari tu, aku memang tak jaga muka. Sudahnya jerawat mula naik dan tinggalkan parut-parut hitam dimuka. Sejak guna Vitamin E Cream keluaran Cosmoderm ni aku mula nampak perubahan, parut semakin menipis dan rasa kulit semakin halus. Lagipun Vitamin E Cream 3,000 I.U with Rosehip Oil ni teksturnya ringan dan tidak berminyak. Aku dah banyak cuba vitamin E krim tapi rasa tak sesuai sebab terlalu berminyak. Tapi Vitamin E Cream Cosmoderm ni langsung tak berminyak dan terus meresap ke dalam kulit.

Vitamin E Cream 3,000 I.U Cosmoderm ni adalah pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti-oksidan untuk memperbaharui, melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti-penuaan dan pemudaran parut. Ia juga terbukti berkesan dalam pemulihan semula kulit kering dan rosak, memudarkan parut jerawat, kemalangan dan pembedahan. Selain itu ia juga membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam. Juga amat berkesan dalam melindungi dan menyihatkan semula kulit wajah yang terdedah kepada bahan kimia yang mengikis permukaan kulit dan iklim kering, panas dan sejuk. Jadi kalau korang merancang untuk travel jangan lupa bawak krim ni. Aku dah cuba dan aku sangat berpuas hati. Tapiiiii..korang kena la sabar sikit sebab untuk dapat hasil yang baik bukan amik masa sehari dua. Jangan lah pulak malam ni pakai esok harap terus hilang semua parut kat muka tu.

Cuba lah korang krim ni..murah je tak mahal pun..harga mampu milik cuma RM27 je untuk krim 50 ml ni. Lama boleh pakai. Aku dah pakai sebulan masih tak luak-luak lagi.. Camne nak dapatkan? Korang boleh beli secara online di LAMAN WEB COSMODERM atau di farmasi-farmasi terpilih seluruh Malaysia seperti Guardian, Vitacare, Aeon Wellness & Independent Pharmacy.






Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka


Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.



Pantai yang indah boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown. Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana di sini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.



Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinang Peranakan di George Town. Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabot yang digunakan untuk menghias rumah mereka. Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat di dalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.  



Tahukah anda terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh dimakan di Malaysia? Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang. Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buah-buahan exotic yang terdapat di negara kita.
Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempat terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempat terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.
Sebelum ia diubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua. Di dalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peninggalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.


Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.  



Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.  


Jika anda ke Penang dan tidak tahu hotel mana yang ingin anda tuju? Hotel Equatorial Penang
adalah jawapannya. Terletak 250 kaki di atas paras laut, Hotel Equatorial Penang menawarkan penginapan dengan WiFi percuma dan kolam renang luaran sepanjang 50 meter. Para tetamu boleh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, kedua-dua Jambatan Pulau Pinang dan hab perdagangan yang sibuk di Bayan Lepas dengan mudah. Ia terletak 20 minit memandu dari bandar warisan UNESCO, George Town melalui lebuh raya.

Bilik-bilik dan suite serba lengkap yang dihias indah ini menawarkan kemudahan yang pelbagai dari bar mini hingga TV protokol internet (IPTV) yang menyediakan filem atas permintaan di bilik secara percuma. Semua bilik menyediakan balkoni individu.


Pilihan riadah termasuk kemudahan pusat kecergasan yang serba lengkap, urutan dan spa, skuasy tertutup, tenis luaran, serta kawasan mendaki dan laluan berlari-lari anak yang terletak berhampiran. Ia juga mempunyai perkhidmatan ulang-alik sehala percuma ke pusat beli-belah utama, pantai Batu Feringgi dan bandar warisan di George Town. Bersebelahan dengan hotel dan boleh didapati dengan mudah adalah Kelab Golf antarabangsa Penang 18 lubang.


Pilihan tempat makan termasuk masakan Perancis di The View, hidangan istimewa Kantonis/Szechuan di Golden Phoenix, makanan Jepun yang lazat di Kampachi, masakan antarabangsa serta tempatan di nada lama dan lounge tepi kolam renang di nadaba.

So jika anda tak mahu buang masa, jom menempah bilik anda sekarang dengan traveloka,jaminan jimat berbaloi-baloi. Tunggu apa lagi? klik aje www.traveloka.com
cepat book hotel Equatorial Penang online untuk dapatkan harga yang terbaik.


Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...