Sunday, 17 September 2017

Pembunuhan paling kejam di Malaysia

Sedih dengan apa yang terjadi pada para syuhada' yang terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah minggu lalu. Lebih sedih bila dapat tahu bahawa kejadian tersebut adalah perbuatan khianat yang dilakukan juga oleh kanak-kanak dan remaja akibat dendam. Tidak keterlaluan rasanya jika aku sifatkan bahawa ini adalah pembunuhan paling kejam dan sadis yang berlaku di Malaysia. Aku sedih kerana si pelakunya semua adalah anak keturunan melayu yang beragama islam. Mengikut sisatan polis, enam daripada tujuh suspek positif dadah..lagi luluh hati aku mendengar perkhabaran itu. Entahlah..pada pendapat peribadi aku, aku tegaskan kurangnya didikan agama adalah punca tercetusnya segala perlakuan yang diluar jangkaan. kenapa aku kata begitu? sebab jelas terlihat depan mata sekarang anak-anak muda kini memang cetek bab agama. Salahkan siapa? ibu bapa? guru? takk..pada aku yang paling ketara patut dipersalahkan adalah pemimpin. Kenapa? sebab jadikan Malaysia negara Islam yang tidak berlandaskan Islam sebenar. Bukan takat tu malah menjadikan kita rakyat ni seperti hamba duit..kerja siang malam (anak-anak sering terabai dan kadangkala anak-anak lebih rapat dengan pengasuh berbanding dengan ibu bapa sendiri) bagi menampung keperluan hidup kerana kepincangan mereka dalam memimpin..mana mungkin kita ada masalah ekonomi kalau kita juga turut membantu memperkukuhkan ekonomi negara besar (huh!!) ok ketepikan bab pemimpin..malas nak ulas bab tu.



Berbalik pada kisah si pelaku yang masih bawah umur ni. Mereka terang-terang berfikir seperti seorang professional dan bertindak sebagai seorang dewasa..pada aku selayaknya dibicarakan sebagai seorang dewasa..yup..302 sangat sesuai. Mohon jangan ada yang kata 'maafkan lah mereka kerana mereka masih budak, tak tau berfikir'. kalau diaorang tak boleh berfikir, diaorang tak akan bertindak sekejam itu..pada aku diluar batas pemikiran seorang dewasa yang normal. Jarang sebenarnya aku nak berbicara soal ini tapi terkadang sesetengah pemikiran dangkal manusia menyebabkan aku rasa kurang sabar. Mungkin mereka tak ambil iktibar apa yang telah terjadi di luar negara. Mungkin juga tak buka mata dan kurang pengetahuan. Kurang tau apa itu Sociopath atau apa itu psychopath. Aku tak kata yang si pelaku adalah penghidap sociopath atau psychopath yang aku nak sampaikan ialah antara sifat-sifat sociopath dan psychopath ini ialah kurangnya rasa simpati dan kebolehan untuk memahami orang lain. Malahan psychopath lebih teruk berbanding sociopath sebab psychopath langsung tak ada hati nurani berbanding sociopath yang ada hati nurani tapi sangat kurang berbanding kita yang normal. Itulah sebabnya periksa latar belakang keluarga sebenarnya penting. Banyak kejadian yang diluar batasan manusia berlaku kerana 2 jenis penyakit ini dan bila disusuri kisah hidup ramai antaranya yang lahir dari keluarga yang kucar kacir, mangsa deraan dan buli. 

Kejadian-kejadian yang hampir sama seperti yang telah terjadi pada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini sebenarnya dah lama dulu terjadi di negara luar. Misalnya pada 20 April 1999, 2 orang remaja berusia 17 & 18 tahun telah membunuh seramai 13 orang dan mencederakan 24 orang yang lain menggunakan senjata api dan pisau. Si pelaku Eric David Harris (18 tahun) dan Dylan Bennet Klabold (17 tahun) merupakan pelajar di Columbine High School yang telah mengamuk di sekolah mereka bermotifkan dendam kerana mereka menjadi mangsa buli di sekolah. Malah Eric juga telah didapati menghidap psychopath. Kedua-dua mereka telah membunuh diri sejurus melakukan perbuatan yang tidak tercapai dek akal ini. 

Kenapa aku kaitkan kisah Eric & Dylan ini dengan kisah yang berlaku di Tahfiz? sebab si pelaku yang berhati kering ini adalah remaja..sama macam si pelaku yang telah ditangkap. Mereka ini jika tidak diberikan hukuman setimpal tidak mungkin akan menyesal. Terbaca aku laporan diakhbar tentang keluarga suspek membuat laporan polis berikutan gambar anak mereka viral..hurmmmm.. tak tau nak cakap apa..sebab anak korang yang jahat..camne kalau keluarga mangsa saman korang beramai-ramai? Maaf..aku tak ada rasa simpati pada suspek kerana mereka bertindak seperti iblis..soal nyawa bukan soal main-main. Apatah lagi 23 nyawa..hurm..



Friday, 15 September 2017

Matcha Azuki Cheese Tart dari Hokkaido Baked Cheese Tart

Aku penggemar cheese..sangat-sangat..Kat bawah opis aku ni ada Hokkaido Baked Cheese Tart. Memang selalu gak la mengunjunginya..hahaha..biasa aku try yang biasa, chocolate & durian. Tapi ni tergerak hati nak cuba yang Matcha Azuki..green tea tapi dalam dia ada ini kacang. "Azuki" tu maksudnya kacang merah dalam bahasa Jepun.

Rasanya..cam biasa la kan..makan panas-panas..cheese meleleh keluar..ada pulak kacang merah dalam tu..perghhh..jangan kata mertua..boss lalu belakang pun memang tak nampak la sebab asyik menikmati rasa cheese yang melimpah ni. Haishhh..memang sedap pulak-pulak ada green tea panas-panas depan mata dihidangkan. Ye la..lawan manis mesti lah tawar..Matcha Azuki Cheese Tart ni yang menariknya ialah tidak terlalu manis..yang sedang-sedang saja..yang penting dia setia..lalalala..eh..ternyanyi dangdut si Iwan plak.

Tapi kannn..aku nak buat pengakuan jujur kat korang..sebenarnya aku dah makan ni 3 minggu lepas tapi baru hari ni aku update blog pasal Matcha Azuki Cheese tart dari Hokkaido Baked Cheese Tart..wakakaka..

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Hokkaido Baked Cheese Tart ni gi je kat laman web diaorang ye Hokkaido Baked Cheese Tart



Thursday, 14 September 2017

Siapa The Blood Countess Elizabeth Bathory?

Dilahirkan pada 7 Ogos 1560 dalam keluarga bangsawan yang kaya raya, Elizabeth Bathory adalah seorang countess Hungary. Salah seorang sepupunya adalah Perdana Menteri Hungary. Telah berkahwin pada usia 15 tahun  (tahun 1575) dengan Count Ferencz Nadasy yang ketika itu berusia 25 tahun. Oleh kerana Count Ferencz Nadasy dari keluarga bangsawan yang lebih rendah darjatnya maka Elizabeth mengekalkan nama keluarga beliau iaitu Bathory.

Selepas berkahwin mereka tinggal di istana Cachtice yang terletak di Slovakia. Oleh kerana suami beliau iaitu Count Ferencz sering keluar berperang yang ketika itu hebat berperang menentang kerajaan Uthmaniah, maka Elizabeth sering merasa kesunyian dan bermula itu dia sering curang malah mempunyai hubungan sejenis dengan Countess Klara Bathory. Dia juga kemudiannya telah terpengaruh dengan kegiatan satanisme yang telah diperkenalkan oleh Dorothea Szentes.

Ketika berusia 40 tahun, Elizabeth Bathory mula merasa bimbang tentang kecantikkannya yang mula pudar dan mula terfikir pelbagai cara untuk mengekalkan kecantikkannya. Pada suatu hari, Elizabeth telah menampar salah seorang dayangnya yang ketika itu tertarik rambut Elizabeth ketika menyikat rambut tuannya itu. Kerana tamparan itu terlalu kuat, darah mula memancut dari hidung dayang tersebut. Bermula dari situ Elizabeth terfikir bahawa darah dapat mengekalkan kecantikan dan awet muda. Dayang tersebut telah diheret ke bilik mandi, dipotong nadinya dan darahnya ditadah untuk dijadikan mandian serta diminum oleh Elizabeth. Semenjak itulah kekejaman beliau berleluasa hingga mengorbankan 650 nyawa gadis muda.

Pada 30 Dec 1610 tentera telah menyerbu ke istana Cachtice setelah mendapat aduan tentang kekejaman Elizabeth. 4 orang pembantu beliau telah ditangkap dan dijatuhi hukuman mati namun Elizabeth telah dibiarkan hidup namun dikurung di dalam kamarnya. Elizabeth mati di dalam tahanan di dalam kamarnya setelah 4 tahun kemudian. Dia adalah antara orang yang terkejam dalam sejarah dunia.

Sebenarnya kisah ni sangat-sangat panjang tapi aku ringkaskan sebab aku faham korang mesti malas nak baca kalu panjang-panjang sangatkan? hahaha..kalau yang sejenis dengan aku yang suka nak tau lebih lanjut korang boleh klik je DI SINI.

Elizabeth Bathory a.k.a The Blood Countess

Ni la Istana Cachtice



Lenyapnya Orang-Orang Soleh..

Semalam 14/09/2017 semua orang terkesan dengan kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Kebakaran yang berlaku pada 5.30 pagi yang telah meragut nyawa 21 orang pelajar dan 2 orang warden. Insiden menyayat hati yang meragut 23 nyawa ini turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN, BBC, Hindustan Times dan The Telegraph.

Aku sendiri buat pertama kalinya dalam hidup menangis sampai bengkak mata ketika menonton berita. Sungguh-sungguh terkesan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..moga keluarga kesemua anak-anak syurga ini tabah.

Kejadian yang berlaku semalam seakan mengamit kenangan silam tentang tragedi sedih yang menimpa Madrasah Taufiqiah Al-Khariah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 yang meragut 27 nyawa pelajar perempuan. Kebakaran yang dipercayai bermula dari sebatang lilin yang terjatuh lalu mengakibatkan tragedi yang dahsyat ini.

Ingin aku kongsikan juga beberapa rentetan kejadian yang sama berlaku di Sekolah Tahfiz dan Pondok. Antaranya :


  • 15 Jun 2013 - seorang pelajar rentung dalam kebarakan yang berlaku di Maahad Tahfiz Al-Baraqah, Tikam Batu, Sungai Petani Kedah
  • 8 Ogos 2015 - Sekolah Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah, Tanjung Karang, Selangor
  • 18 Jan 2016 - Sekolah Pondok Madrasah Tahfiz Al-Redzuan, Kampung Dato' Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang
  • 14 Feb 2016 - 2 Blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah, Padang Kerasah, Kuala Nerang Kedah
  • 4 Mac 2016 - Tahfiz Kampung Seri Pandan, Petagas, Pemapang, Sabah
Antara tanda-tanda kecil kiamat ialah "LENYAPNYA ORANG-ORANG SOLEH". Dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Amr (R.A) beliau berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
'Tidak akan tiba hari kiamat hingga Allah mengambil orang-orang baik dari penduduk bumi dan tidak akan mengingkari yang mungkar'.
Maksudnya bahawa Allah akan mewafatkan orang-orang baik dan para ulama, lalu tersisa hanyalah orang-orang jahat yang tidak ada kebaikan di dalam diri mereka. Hal ini terjadi ketika ilmu diambil sementara manusia menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin yang memberikan fatwa tanpa ilmu.
Dan diriwayatkan juga Rasulullah telah bersabda yang bermaksud 'Akan datang pada manusia suatu zaman dimana mereka akan pilih hingga yang tersisa dari mereka hanyalah orang-orang yang hina, perjanjian-perjanjian dan amanah mereka telah bercampur (tidak menentu) dan mereka berselisih. Maka mereka seperti ini (beliau merenggangkan jari jemarinya menunjukkan keadaan mereka saling bermusuh)'


Wednesday, 13 September 2017

Issei Sagawa - Pembunuh Karnibal yang Masih Bebas di Jepun

Issei Sagawa telah dilahirkan pada 26 Apr 1949 (kini berusia 68 tahun) di Kobe Tokyo. Dilahirkan sebagai bayi tidak cukup bulan dan mempunyai badan yang kecil. Issei Sagawa bertuah kerana lahir dalam keluarga yang kaya dan Issei Sagawa adalah seorang yang cerdik. Pada tahun 1977 pada umur 27 tahun dia telah berpindah ke Perancis untuk menyambung PhD di Sorbonne, Paris. Menurut Issei Sagawa ketika di Paris hampir setiap malam dia membawa pulang pelacur dan cuba untuk menembak mereka dan teringin memakan daging mereka tetapi atas beberapa sebab dia gagal berbuat demikian..ngerikan?

Pada 11 June 1981 dia merealisasikan keingin jahat untuk membunuh dengan mengundang rakan sekelasnya seorang perempuan belanda yang cantik bernama Renee Hartevelt ke rumahnya dengan alasan untuk membantunya menterjemah sajak. Renee menerima undangan tersebut. Ketika Renee sedang membaca sajak, Issei Sagawa telah menembaknya di leher yang mengakibatkan Renee mati serta merta. Issei Sagawa kemudiannya telah merogol mayat Renee dan kemudian memakan dagingnya. Issei Sagawa sempat keluar untuk membeli sebilah pisau bagi tujuan mengerat mayat mangsa. Selama 2 hari syaitan bertopengkan manusia ini melapah dan memakan daging Renee serta menyimpan ke dalam peti sejuk. Ketika cuba membuang 'lebihan daging' Renee selepas puas memakannya ke Tasik Bois de Boulogne, Issei Sagawa telah ditangkap polis selepas perbuatan mencurigakan membawa 2 beg telah disedari oleh seorang lelaki yang sedang berjogging yang kemudiannya menghubungi pihak polis. Beg yang dibawa oleh Issei Sagawa dibuka dan didapati ada mayat yang telah dikerat-kerat didalamnya. Berikutan itu Issei Sagawa telah dipenjarakan namun kemudiannya kerajaan Perancis telah membebaskan dan menghantar Issei Sagawa pulang ke Jepun setelah hakim, Jean-Louise-Bruguiere mendapati dia tidak waras dan tidak layak untuk dibicarakan.

Ketika di Jepun, bapanya yang kaya telah mengupah peguam yang handal dan berjaya membuktikan sekali lagi bahawa Issei Sagawa tidak waras. Dia kemudiannya dibiarkan hidup bebas hingga ke hari ini. Haishh..ngerikan? yang paling ngeri ialah selepas itu dia mula menjadi famous dan antara celebrity yang sering di undang ke rancangan-rancangan tv. Pada aku itu satu tindakan bodoh masyarakat jepun.  Ketika diwawancara dalam sebuah rancangan, Issei Sagawa telah ditanya tentang keinginan seksual dan keinginan memakan daging manusia dia menjawab bahawa dia sekarang berkeinginan untuk mati dibunuh secara kejam oleh wanita cantik.....hurm..belum baik gilanya lagi si Issei Sagawa ni rupanya. Hahaha..jadi kalau korang gi Tokyo, terjumpa orang tua pendek berumur 68 tahun yang bernama Issei Sagawa baik korang lari jauh-jauh. Tapi kalau akau..aku akan interview dia dulu hahaha pastu baru lari. Interview kat tempat terbuka la..takut..

Renee (kiri) & Sagawa (kanan)

Laporan tentang kejadian kejam itu di dada akhbar Perancis

Si gila yang masih kekal bebas hingga kini


Ahmad Suradji - Bomoh Pembunuh Bersiri

Pernah dengar tak kisah ni? Kisah ni hangat sekitar tahun 1997. Kisah tentang seorang bomoh yang mengamalkan ilmu hitam dan telah membunuh seramai 42 orang perempuan sekitar tahun 1986-1997..perghh kalah Pogo The Clown yang bunuh 33 orang tu.

Ahmad Suradji berasal dari Medan, Indonesia telah dilahirkan pada 10 Jan 1949. memiliki 3 orang isteri dan kesemua isterinya adalah adik beradik. Mula membunuh pada tahun 1986 setelah kononnya bermimpi arwah ayahnya menyuruh dia meminum air liur daripada 70 orang wanita untuk menjadi bomoh yang handal. Sejak itu dia mula mencari mangsa dan membunuh mereka bagi tujuan ilmu hitam yang diamalkan. Siapakah mangsa bomoh setan ini? Mangsanya adalah perempuan-perempuan yang datang berjumpa dengannya atas tujuan untuk menjadi cantik, kaya atau pun untuk pasangan mereka setia. Untuk upacara perubatan kononnya mereka di bawa ke ladang tebu yang berhampiran rumahnya, mangsa kemudiannya dicekik hingga mati dan mengeluarkan banyak air liur dan air liur itu akan diminum oleh Ahmad Suradji. Mangsa kemudiannya akan dirogol dan mayatnya ditanam di dalam kebun tebu tersebut.

Pada 27 April 1997, mayat seorang wanita yang dikenali sebagai Kemala Dewi telah dijumpai oleh seorang lelaki berhampiran kebun tebu yang kemudiannya memanggil polis. Hasil siasatan mendapati orang yang terakhir ditemui Kamala Dewi adalah Ahmad Suradji. Berikutan dengan itu, Ahmad Suradji telah ditangkap dan di soal siasat pada 30 April 1997. Pada mulanya dia menafikan penglibatan dia dalam pembunuhan Kamala Dewi namun selepas polis menjumpai barang-barang milik mangsa di rumahnya barulah dia mengakui dan akhirnya membongkar kisah pembunuhan yang dilakukan oleh dia yang dibantu oleh isterinya yang bernama Tumini yang kemudiannya telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Bomoh setan ini telah dijatuhkan hukuman tembak pada 10 July 2008 ketika berusia 52 tahun. Seram kan kisah ni? sebab tu aku tak pernah percaya pada segala mak nenek bomoh yang ada. Pada aku simple je..kekonon orang gi jumpe bomoh sebab nak kaya la nak lawa la..tapi cuba tengok bomoh tu sendiri..kaya ke? lawa ke? hahaha..kalau betul hebat sangat bomoh tu mesti diaorang dah buat kat diri sendiri dulu baru buat kat orang lain..



Tuesday, 12 September 2017

Beijing Oh Beijing

Tadi dok belek-belek gambar lama kat FB, ternampak pulak gambar masa ke Beijing lama dulu..lama dah tahun 2013, maka terimbau la kenangan..ekeke..tapi banyak lagi gambar tapi aku simpan mana pun dah lupa. Jadi aku share mana yang ada je la ye. Aku nak share juga cerita dan sedikit tips kalau nak ke Beijing sebab hahaha..hati-hati kat sana ramai penipu. Terutama ketika korang tengah syok nak shopping..penjual kat sana memang kaki belit. Tapi paling ketara penipu ialah di kedai jed..perghhh tu memang pakar penipuan jadi hati-hati. Ok jap lagi aku cerita kenapa.

Aku gi Beijing tahun 2013, masa tu musim sejuk. Paham-paham je la kan kalau musim sejuk tu camne..sejuknya sampai menusuk tulang. Kalau tak silap masa hari terakhir aku kat sana suhunya cecah sampai -3 darjah celcius. Aku pergi berdua dengan kakak aku masa tu, kami ambil pakej muslim travel..pakej aku amik ni memang tip top. Best sangat dan semua yang join pun sangat menepati masa.

Aku tak ingat sangat sebenarnya susunan kami dibawa ke mana tapi aku ingat lah beberapa tempat yang kami lawati, antaranya :

1. Summer Palace (Istana Musim Panas).
Ni memang wajib pergilah. Summer Palace ni terletak di pinggir bandar Beijing, kira-kira 15km mengikut lebuhraya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming, dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749. Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis (1960). Pada tahun 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'.
Aku dengan kakak aku suka sangat pergi tempat ni sebab kami peminat cerita-cerita tentang maharaja China..jadi sempatlah kami berangan-angan kat sana..hehe..masa aku pergi ni musim sejuk..tasik kat sini sampai beku..nampak ais je semua atas pemukaan tasik


Nampak je macam tasik tu ada air..sebenarnya air tu beku

2. Forbidden City (Kota Larangan)
Kota Larangan ni merupakan istana rasmi bagi maharaja China sejak Dinasti Ming sehinggalah ke dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing. Terletak di tengah-tengah kota Beijing yang kini menempatkan muzium istana. Perghh..besar nak mampus kawasan istana ni. Cam biasa oleh sebab aku dan kakak aku peminat sejarah China maka kami berangan-angan berada pada zaman tu..hahaha..


Ni Bilik kerja Maharaja

3. Dataran Tian An Men
Dinamakan sempena Tiananmen yang bermaksud Pintu Damai Syurga yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini sebagai lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah China


4. Great Wall of China (Tembok Besar China)
Merupakan 1 siri kubu China yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 semasa Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Aku memang tak naik habis..panjang nak mampus. Naik separuh je dah semput..selebihnya tangkap gambar dan pergi cuba pakaian maharani China hahaha..





5. Qianmen Street
Seingat aku ni kawasan bershopping khas untuk pejalan kaki. Terletak berdekatan dengan Dataran Tian An Men. Banyak kedai-kedai terdapat sepanjang Qianmen Street ni.


6. Tempat pembuatan kain sutera
Ok yang ni seriously aku tak berapa ingat sangat tempatnya. Tapi kat sini ditunjukkan macam mana cara benang sutera dihasilkan dan pembuatan kain sutera. Ada dijual kain-kain sutera jugak kat sini tapi seriously corak dia sangat tak cantik..pada aku coraknya 10 tahun kebelakang..kita punya corak lagi cantik-cantik



7. Pusat Akrobatik
Yang ni memang paling menarik..aku suka tengok persembahan diaorang. Memang kagum sangat-sangat tapi tu la bila baca bagaimana diaoarang ni mengalami kesusahan untuk latihan kesian pulak. Tapi memang sangat-sangat terhibur


Selebihnya kami dibawa banyak ke Shopping Mall. Ok ni nak pesan..kalau nak shopping kena pandai tekan harga sebab kalau tak memang diaorang sembelih leher kita gila-gila. Cuma kena ingat, penjual diaorang ni suka marah-marah orang..hahaha..kalau dah tawar-tawar harga lepas tu tak nak beli..haa..jaga la memang korang kena marah kaw-kaw nanti. Selain tu kami juga dibawa ke kedai jed, memang rambang mata tapi hati-hati tau. Diaorang ni semua penipu. Masa aku pergi tu kononnya adalah anak bos, datang cakap bahasa melayu kononnya mak dia berasal dari Malaysia. Oleh sebab yang datang adalah pelawat dari Malaysia dia akan bagi harga giler punya murah dengan diskaun berpuluh-puluh % la. Jangan terpedaya ye kawan-kawan. Tu semua penipu. Hari ni orang lain, esok orang lain, lusa orang lain pulak anak bos tu tapi dialog tu sama je..hahaha..pastu jed yang dia jual murah tu memang jed paling tak berkualiti.

Tapi apa yang best tentang travel agent kami (Ukhwah Harmoni), selain menepati masa, masa kami padat dengan aktiviti berjalan..diaorang juga akan bawa kami solat ke masjid-masjid berlainan di bandar Beijing ni. memang seronok sangat. Masjid diaorang tak sama dengan masjid kita..masjid diaorang mengekalkan ciri-ciri bangunan China.


Kami sempat jugak melawat stadium berbentuk sarang burung, selebihnya acara makan-makan la kannn..tapi kan..hurmm sepanjang 6 hari 5 malam kat sana tekak aku tak berapa nak boleh telan masakan diaorang..nape tah..padahal aku bukan la cerewet sangat bab makan. Aku paling suka cuba makanan di negara orang. Tapi masakan mereka memang tak kena sungguh dengan tekak aku. Ada sekali tu aku makan nasi goreng tapi nasi goreng tu rasa kambing..hahaha..sudahnya menempel la dengan makcik-makcik yang bawak sambal dari Malaysia (gile tak malu).

Oh ya..tak lupa kami dibawa ke kedai teh. Ni pun menarik..diaorang hidangkan pelbagai jenis teh untuk kita cuba. Tapi aku tak leh telan teh Oolong tu sebab rasa dia pelik sket hahah tapi tu la teh paling mahal. Aku dengan kakak aku beli teh rasa oren kalo tak silap. Pastu kami beli teko diaorang yang gambar naga..menarik sebab bila letak air panas kaler naga tu akan bertukar..hehe..


Aku tak ingat nama tempat ni tapi ni tempat nak main ski..hehe..aku tak main pun

Makanan ni semua nampak menyelerakan kan? tapi tekak aku tak leh terima..nampak tak muka aku masam je tu? hahah..nampak tak kakak aku cam jeling-jeling je makanan makcik sebelah? hahaha

Stadium Nasional Beijing berbentuk sarang burung
Ni time nak balik da..aku demam hari last tu

Oh ye..tandas-tandas kat sana tak ada paip tau..sama macam kita gi Singapore. jadi pandai-pandai la korang nak seludup air camne..sebab kalau jaga diaorang nampak nanti kena marah bawak air. Tandas diaorang bersih tapi bau hancing sangat. Kecuali tandas-tandas di hotel..memang bersih tak ada bau hancing. Ni pengalaman aku la..tak tau la kalau pengalaman korang lain pulak..hehe





Featured Post

Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan sehari...